“Good morning.”
“Hai Dessy, good morning too.” Jawab
Syifa dengan ceria kepada setiausahanya itu ketika melewati meja setiausahanya.
Dia pantas menuju ke mejanya. Setiausahanya membuntutinya bersama buku catatan
berwarna hitam.
“Hari ini, Cik Syifa ada meeting dengan client dari Semenanjung jam
sembilan pagi, jam satu petang pula Cik Syifa kena melawat tapak projek di hospital
dan selanjutnya jam empat petang, Cik
Syifa ada majlis Hi-Tea di hotel
Shangri-La. Untuk hari ni, itu sahaja schedule
Cik Syifa. Oh ya, seperti biasa bun keju dan Coffe Americano saya dah sediakan
di meja kopi Cik Syifa.”
“Oh
thanks Des, tak pernah lupa dua benda kegemaran saya tu. ” Syifaa tersenyum
dengan riang. Sejak Dessy memberikannya bun keju pada hari itu, dia terus jatuh
cinta dengan bun keju itu dan dia mulai mewajibkan Dessy agar menyediakan bun
keju tersebut setiap pagi di meja kopinya. Entah apalah petua pembuat roti tu
sampai dia terus ketagih untuk makan bun keju tersebut.
Dessy tersenyum apabila bosnya
berpuas hati dengan kerjanya. Dia pun meminta diri untuk meneruskan kerjanya
sementara bosnya terus menikmati sarapan paginya itu kerana sememangnya bosnya
itu jarang untuk bersarapan di rumah.
***********************
Sekembalinya Syifa dari majlis Hi-Tea tersebut, dia terus mengambil
keputusan untuk kembali ke rumah sahaja. Badannya seperti memujuknya untuk
cepat-cepat sampai ke rumah. Syifa mengeluh panjang, pada waktu-waktu begini jam memang teruk. Semua orang berpusu-pusu
untuk pulang ke rumah. Jam menunjukkan enam setengah petang. Semoga dia sempat
mengerjakan solat Maghrib di rumahnya. Apabila lampu sudah bertukar berwarna
hijau, Syifa cepat-cepat memecut keretanya takut sekiranya lampu isyarat itu
bertukar fikiran menjadi merah semula. Uhh, tak sanggup aku.
Lagu kenangan terindah dari Samsons
berkumandang dari radio spontan mengusik jiwa Syifa, kenangan sewaktu tingkatan
lima tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. Sejak peristiwa itu, Syifa
seakan serik untuk bermain cinta. Tak hairanlah umurnya sudah masuk 27 tahun
namun dia masih belum mempunya teman lelakinya. Dirasakan hidupnya sekarang
sudah lengkap walaupun tidak mempunya pasangan hidup.
Bummm!!!!
Dahi Syifa terhentuk kuat di stereng
kereta tersebut.
“Adoii, mak sakitnya.” Syifa mengadu
kesakitan, diraba perlahan dahinya um kompom
ada ‘biji golf’. Aish, nilah kayal punya
pasal tak sedar dah ‘cium’ buntut kereta orang.
Cermin keretanya di ketuk
bertalu-talu dari luar. Syifa pandang kejap. Seorang lelaki sedang berdiri di
luar keretanya dan bercakap sesuatu. Perasaannya was-was untuk membuka cermin
keretanya, takut sekiranya itu adalah motif para pencuri kereta sahaja. Syifa
melilau keadaan sekeliling yang sunyi. Sah ni taktik pencuri! Oh nak kenakan aku ya, kau tunggulah wahai
pencuri. Syifa kelam-kabut mengeluarkan sesuatu beg tangannya. Cermin kereta
diturunkan, sepantasnya Syifa spray mata
lelaki tersebut yang sememang sudah tersembul di pintu keretanya. Tidak cukup
dengan itu, botol kaca minyak wanginya dibaling tepat mengenai kepala lelaki
tersebut. Ambik kau, baru puas hati aku. Silap besar kau nak kenakan aku wahai
perompak.
Lelaki itu menjerit kesakitan dan
terus terbaring di tepi jalan raya.
“Rasakan, wahai perompak! Get lose lah.” Syifa terus memecut laju
keretanya meninggalkan si perompak tersebut.
“Kurang asam punya perempuan, ikut
sedap mulut dia panggil aku perompak. Kau ingat muka aku ni muka perompak? Dia
buat salah, aku pula dikenakan. Takpa, suatu hari kita pasti akan bertemu juga.
” Lelaki itu menggosok-gosok lagi matanya yang masih terasa pedih, diraba
kepala yang turut benjol dek minyak wangi wanita tersebut. Di kutip kembali botol
minyak wangi wanita tersebut yang akan menjadi buktinya.
***************
“Cik Syifa, saya nak tanya sesuatu
boleh?” soal Dessy yang berada di sebelah pemandunya.
“Tanya ja lah Dessy.” Syifa kerling
sebentar Dessy di sebelahnya.
“Dari pagi lagi saya dah perasan
sesuatu kat dahi Cik Syifa, macam benjol pula.”
“Oh ni gara-gara semalam saya
langgar buntut kereta orang dan hadiahnya adalah ini.” Jari telunjuk tepat di
dahinya yang benjol itu.
“Serius,terus orang tu tak marahkan
Cik Syifa ke?” soal Dessy dengan berminat.
“Tak, sebaliknya saya yang kerjakan
dia cukup-cukup sebab saya tau tu motif perompak. Dahlah kawasan semalam tu sunyi
sahlah dia tu berniat nak merompak lah konon tapi alih-alih dia pula dikerjakan
hahaha padan muka dia.”
“Eh menakutkan tu Cik Syifa, nasib
baik Cik Syifa tak mudah tertipu kan. Sekarang ni memang banyak dah kes macam
tu. Tapi memang padan muka lelaki tu kan.” Dessy turutketawa.
“Dessy, tempat yang kamu selalu beli
bun keju tu kat mana?” soal Syifa menukar topik perbualan. “ Jom saya belanja
awak beli bun kat situ.” Tawar Syifa dengan riang.
“Oh terima kasih bos. Ok Cik Syifa
jalan terus, nanti belok kiri lepas tu Cik Syifa akan terus nampak Café tampat
jual bun keju tu.
Akhirnya Syifa pun sampai di Café
tersebut. Kelihatan Café itu tidak sunyi dengan kehadiran pelanggan. Syifa
jatuh cinta dengan Café tersebut yang begitu menarik seolah-olah diri berada di
Café yang terdapat dalam drama korea ‘Coffe Prince’.
“Hai Cik Dessy.” Tegur salah seorang
pekerja di Café tersebut. Popular juga setiausaha aku ni.
“Hai, kenalkan ni bos saya Cik Syifa
dialah sebenarnya peminat setia bun keju kat kat sini. “
“Oh inilah orang yang Cik Dessy
selalu katakan tu. Tak sangkah perpeluang juga saya bertemu dengan bos awak
yang cantik manis ni.” Syifa sekadar tersenyum mendengar pujian dari pekerja tersebut.
“Bos awak pula mana?” soal Dessy.
Aik Dessy ni, tak cukup dengan pekerja kat sini bos Café ni pun kau kenal. Dia
ni beli bun atau mengorat?
“Bos keluar kejap.”
“Oh tak apalah. Umm hari ni kami nak
melepak kat sini, bos belanja katanya. Pesanan macam biasa ok.” Syifa sekadar
tersenyum mendengar gurauan setiausahanya itu. Mereka pantas menuju ke meja
yang paling hujung. Lima minit kemudian, pesanan mereka pun tiba.
“Eh kenapa banyak sangat bun keju
yang awak beri ni?” Syifa pelik.
“Oh bos saya baik hati berikan bun
ini kepada awak sebagai tanda terima kasih atas kesetian awak dengan bun kami.”
Syifa gembira bukan kepalang melihat bun keju sebanyak itu yang sememangnya
menjadi kesukaannya. Dia pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.
“Cik Syifa nak tau, semua bun kat
kedai ni bos diorang yang buat tau. Dahlah hensem, tinggi, baik hati, romantik
pastu pandai buat bun lagi tu. Memang cirri-ciri suami Dessy.” Haha nampaknya
kalau jodoh Dessy dengan bos Café ni, memang aku lah yang paling berjasa yalah
kalau tak kerana aku suruh dia hari-hari beli kat sini tak mungkin dia kenal
bos kat sini kan.
“Bos dengar tak saya cakapkan ni?”
“Sorry
lah Des, sedap sangat bun ni sampai tak sedar saya awak ada kat depan saya.”
Syifa tersengih sendiri.
“Ah itu pun bos Café ni.”
Syifa terus berpaling ke belakang
untuk melihat gerangan bos Café yang dikatakan serba sempurna itu. Bulat mata
Syifa. Mata aku tak salah nampak ke ni? Tidak, tidak. Aku salah orang ni. Tapi
kenapa aku yakin sangat itu adalah dia. Selera Syifa tiba-tiba mati. Jantung Syifa
berdetak kuat. Air matanya seakan hendak gugur. Dia belum siap untuk bertemu
lelaki itu lagi, kenapa takdir menemukan mereka lagi.
“Bos, kenapa tiba-tiba diam? Bos
sakit ke? Kenapa saya tengok bos macam pucat sangat?” Dessy menjadi pelik
tiba-tiba, rasanya tadi bosnya itu sihat walafiat.
Seakan keluh lidah Syifa untuk
bersuara. Kedengaran derap tapak kaki lelaki tersebut menghampiri meja mereka
sama seperti jantungnya mulai berdegup dengan kuat seperti menumbuk-numbuk
dadanya.
“Dessy saya nak bailk dulu, maaf
boleh tak kalau Dessy balik sendiri. Duit ni nanti tolong bayarkan.” Terasa
bergetar suara Syifa.
“Ha?” Dessy pelik sendiri, bingung
dengan keadaan sebenar.
Syifa cepat-cepat bangkit dari
kerusinya dan tidak disengajanya telah melanggar bahu seseorang yang hampir
membuatnya jatuh namun sepasang tangan yang cepat menangkap badannya akibatnya
dia terpeluk badan lelaki tersebut. Wajahnya tersembam di dada bidang milik
lelaki tersebut. Jantung Syifa berdetak semakin kuat.
“Awak tak apa-apa?” Satu suara yang
tidak begitu asing bagi dirinya. Syifa pantas melepaskan pelukan lelaki itu,
mukanya terasa panas apabila dirinya menjadi perhatian seluruh pelanggan di
Café tersebut. Lama lelaki tersebut merenung Syifa.
Mulutnya seakan terkunci untuk
menjawab pertanyaan tersebut. Dia masih tidak berani memandang wajah lelaki
dihadapnnya itu. Kakinya pun seakan terkunci untuk berlalu dari situ.
“Syifa, awak Syifa Imani kan?” soal
lelaki tersebut membuatkan Syifa terkejut besar, tidak disangkahnya setelah
sepuluh tahun berlalu lelaki tersebut masih mengenalinya.
Dia pantas berlalu pergi tanpa
mempedulikan panggilan dari lelaki tersebut yang masih memanggil-manggil
dirinya. Sebolehnya dia ingin cepat pergi dari situ. Akhirnya di dalam kereta,
air mata Syifa mengalir juga. Rasa sakit hatinya masih terasa, seakan peristiwa
sepuluh tahun yang lalu masih bermain di fikirannya.
Sepuluh
tahun yang lalu…
“Syifa, pinjam handphone kejap.” Ujar Amni dengan senyuman yang penuh makna.
“Buat apa?” soalku dengan curiga.
“Pinjam jak lah.” Telefonku kini
bertukar milik. Entah apa yang di tekan-tekan Amni itu, senyuman tak pernah
lekang dari bibirnya.
“Nah ambillah.” Cepat sahaja Syifa
mengambil telefon tersebut di tangan Amni.
“Oh
my God, kau biar betul Amni ini…” sudah tidak terkata-kata Syifa. Amni
angguk dengan bangga.
“Oh I love you.”
“Dan kalau kau nak tau, hari ni
ulang tahun dia tau so sempena hari ulang tahun dia aku bagilah nombor dia kat
kau sebagai hadiah.” Aik dia ulang tahun aku pla dapat hadiah.
“Betulkah? Tapi dari mana kau dapat nombor
dia dan tau hari ni ulang tahun dia?”
“Pasal tu, kau jangan tanya yang
penting kau kena telefon dia luahkan perasaan sebenar kau kat dia. Aku sebagai
kawan baik kau ni terseksa tengok kawan aku sorang ni menderita bila cinta dia
sejak tingkatan tiga lagi tu tak terbalas.”
Aku terus memeluk Amni dengan erat.
Petang itu aku beranikan diri untuk
mengirim ucapan selamat ulang tahun kepada dirinya melalui SMS. Baru hantar
SMS, jantung aku dah rasa nak gugur.
Salam.
Awak yang bernama Mohd. Haris Rizqan. Happy birthday yang ke-17 tahun. Semoga awak sentiasa di rahmati Allah S.W.T selalu. Saya berdoa
semoga bibir awak sentiasa tersenyum
bahagia dan segala kesedihan akan hilang dari wajah awak. BE HAPPY ^_^
Lama aku menunggu balasan SMSnya sampaikan setiap
kali SMS yang masuk aku rasa berdebar-debar nak buka alih-alih SMS dari Amni
yang sibuk mengetahui perkembangan aku. Mungkin dia ni jenis yang tak melayan
nombor baru. Teras hampa hati ini. Namun tepat jam tujuh malam akhirnya SMS
yang aku tunggu dari siang tadi terbalas juga apalagi melebar senyuman aku.
Walaikumsalam.terima
kasih untuk ucapannya. Dah lama orang tak wish birthday saya. Btw,
boleh saya tau ini siapa?
p/s: tadi main bola, so lmbt sikit
bls sms awak..sorry L
Aku tergelak. Ahai, terasa bahagia pula.
Tapii..soalan dia tu, eik takkan aku nak mengaku siapa diri aku kan.
Saya
takut awak akan marah kalau tau siapa diri saya.
Dia membalas lagi, mak aii cepatnya.
Kenapa
awak ni Salairmoon ke? saya tak akan marahlah lainlah kalau awak nak kenakan saya.
Aku tergelak lagi membaca SMSnya,
pandai buat lawak juga dia ni.
Cukuplah
kalau awak mengenali saya dengan nama S.I saya takda pun niat nak kenakan
awak, cuma saya nak berkenalan
dengan awak dan saya ikhlas nak kawan dengan awak.
Lama aku menunggu balasan SMS
darinya sehinggalah aku terlelap. Jam satu pagi automatik aku terbangun
cepat-cepat aku memeriksa telefon bimbitku takut sekiranya SMSku sudah dibalas
namun hampa , tiada SMS baru diterima. Dengan langkah lemah gemalai aku pun melangkah
menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhuk bagi mengerjakan solah sunat
Tahajjut, solat yang aku amalkan sejak tingkatan tiga lagi.
Keesokannya aku mencuba SMS dirinya
lagi memandangkan hari ini adalah hari sabtu.
Salam.
Maaf kalau saya dah buat awak marah *susun tapak tangan*. Saya bukan taknak mengaku
siapa diri saya cuma saya takut kalau awak tau siapa diri saya awak akan kecewa nanti.
SMS baru masuk.
Walaikumsalam.
Kenapa awak cakap macam tu? Awak ingat saya ni pentingkan rupa sangat ke kalau nak berkawan dengan orang. Saya
akan kecewa? *muka pelik* taklah,
lainlah kalau awak calon isteri saya
mungkin saya akan pertimbangkan haha gurau jak.
Lega hatiku membaca balasan SMS dari dirinya, calon
isteri mak aii mudah-mudahan masin mulut dia. Aku tersengih-sengih sendiri. Sejak
dari hari itu mulalah perbualan kami hanya melalui SMS sahaja. Aku bersyukur
dia tidak lagi memaksa untuk mengetahui siapa diriku. Setiap hari ada sahaja
perbualan kami yang hendak dijadikan topik. Bahagia mula menyinari hidupku.
Malam itu Syira mendekati diriku.
“Kak, Syira taknak akak kecewa
nanti? Baik kakak luahkan akak dekat
dia. Walaupun dia akan tolak akak sekurang-sekurangnya akak dah bagitau kat
peasaan sebenar akak.” Lama aku memikir kata-kata adikku itu. Memang selama ini
dia yang mendengar segala ceritaku mengenai Mr. Apple a.k.a Mohd Haris Rizqan.
Selesai sahaja aku menunaikan solat
sunat Tahajjud, aku pun memberanikan diri untuk meluahkan perasaanku.
Salam.
Saya minta maaf kalau saya dah ganggu tidur awak.Tiba-tiba saya terfikir benda ni, rasanya
saya dah tak sanggup lagi pendam perasaan ini. Sebenarnya saya nak bagitau awak
sesuatu bahawa saya, Syifa Imani
binti Mahmud dari kelas 5 Perdagangan
sukakan awak, Mohd Haris Rizqan
bin Aziz sejak saya tingkatan 3 lagi sehinggalah sekarang. Lepas ni, kalau awak nak padam msg ni saya ataupun nak
benci saya, saya tak kisah yang penting awak dah tau perasaan saya. Wassalam.
Pagi itu seribu perasaan bermain di
fikiranku, apa agaknya reaksi dari dirinya? Apakah dia akan marah ataupun
membenci diriku. Perlahan aku melangkah masuk ke dalam kelas namun aku
merasakan satu pandangan yang aneh dari rakan-rakan sekelasku. Kelihatan mereka
berbisik-bisik jugak sambil memandangku.
“Syifa apa yang kau dah buat
semalam?” soal Amni dengan cemas.
“Buat apa? tak ada.” Kenapa aku
merasakan sesuatu yang tidak kena ni.
“Baca ni.” Amni menunjukkan skrin
telefon bimbitnya. Besar mataku terus membaca isi SMS tersebut automatik aku
terduduk di kerusi seolah tiada tenaga untuk bangkit kembali.
“Ni SMS pengakuan aku. Macam mana
ada kat telefon kau?” soalku dengan cemas, kelopak mataku terasa panas.
“Pagi ni tiba-tiba aku dapat SMS
dari nombor yang tak dikenali. Mula-mula aku ingat ada orang yang nak kenakan
kau tapi dia siap bagi nombor telefon kau lagi kat bawah msg ni jadi ni memang
msg kau tapi dah kena forward. Lepas tu satu kelas kita dapat msg yang sama.
Syifa macam mana benda ni boleh terjadi?”
Air mata Syifa mengalir dengan laju.
Fikirannya benar-benar mati untuk berfikir. Sampai hati awak Rizqan, awak sebar
msg pengakuan saya tu.
Ketika Amni dan Syifa beratur di
kantin, dia dapat mendengar beberapa kelompok pelajar sedang memperkatakan
dirinya..
“Oh sweetnya msg tu. Saya, Syifa Imani binti Mahmud sukakan awak Mohd
Haris Rizqan sejak tingkatan tiga lagi sehinggalah sekarang. Ckckck, tapi
sayang lelaki tu tak terima dia sebab dia tu hodoh. Tak sedar diri betul.”
Terasa menusuk sekali kata-kata perempuan tersebut.
“Buhhhh!!”
Syifa tidak dapat menahan dirinya
lagi, dia pun melarikan diri dari situ namun langkahnya terhenti apabila
melihat Mohd Haris Rizqan berada tidak jauh dihadapnya. Syifa memberanikan diri
mendekati jejaka tersebut.
“Terima kasih dengan apa yang awak
dah buat.” Dengan air mata yang mengalir, Syifa menatap tajam jejaka yang
berada di hadapannya itu. Setelah itu dia terus berlari dari situ dan di ikuti
Amni.
******************
“Dessy mulai hari ini saya taknak
tengok lagi bun keju tu ada kat atas meja kopi saya, faham! Buang semua bun
ni.”
“Tapi Cik..”
“Awak ada masalah dengan arahan
saya.” Syifa menatap tajam setiausahanya itu membuatkan Dessy kecut perut.
Sepanjang bekerja dengan bosnya itu, tidak pernah bosnya menatapnya dengan
pandangan seperti itu. Dessy geleng kepala dan segera mengambil semula bun
tersebut. Apa kaitan bos aku dengan tauke
Café tu, macam ada yang tak kena jak ni.
Cukup dengan melihat bun itu saja
sudah cukup membakar hati Syifa. Syifa mendengus dengan kasar, perasaan
bencinya masih meluap-luap dengan lelaki tersebut. Telefonnya beriraman.
“Hello, siapa ni?” soal Syifa.
“Syifa, ini Rizqan?”
Syifa terdiam sebaik sahaja mendengar nama lelaki tersebut.
“Dari mana awak dapat nombor saya
ni?”
“Itu tak penting. Awak masih ingat
saya?” soalnya lagi.
Syifa ketawa kecil “Ingat? sudah
tentu aku ingat kau, orang yang dah buat aku malu satu sekolah. Buat maruah aku
tercalar. “
“Syifa saya minta maaf dan saya nak
sangat-sangat jumpa awak.”
Syifa ketawa lagi sengaja hendak
menyakitkan hati Rizqan. “Maaf kau kata, kau ingat kata maaf kau boleh
kembalikan maruah aku, boleh betulkan cerita yang dah terjadi. Kau ingat ni
sampai mati, sampai bila-bila aku takkan maafkan kau dan tannak jumpa kau lagi!”
Syifa menjerit lalu membaling telefon bimbitnya ke dinding cuba melempiaskan
marahnya. Dia terduduk di bawah mejanya. Di situ dia menangis teresak-esak.
Kenapa kau muncul lagi? Tak cukupkah apa yang kau dah buat dekat aku sepuluh
tahun yang lepas.
Dessy terus menerpa masuk setelah
mendengar suara jeritan majikannya. Dia terus mendapatkan majikannya itu.
“Cik Syifa kenapa ni?” soalnya dengan
risau.
“Des..Dessy..” Tersedu-sedu Syifa
menahan tangisannya, lalu dia memeluk erat setiausahanya itu.
***********************
Ketika Syifa hendak melangkah menuju
ke tempat parking keretanya, sebuah kereta Audi R8 berwarna merah berhenti
dihadapannya. Keluar Rizqan dari kereta tersebut dan terus menarik tangan Syifa
untuk masuk ke dalam keretanya dengan cara paksaan. Syifa yang tidak sempat
berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.
“Kau ni kenapa? Dah gila. Baik kau
berhentikan kereta ni sekarang kalau tak aku jerit nanti.” Syifa sudah
melenting.
Rizqan tidak mempedulikan ugutan Syifa
tersebut sebaliknya hanya fokus dengan pemanduannya. Rizqan memecut keretanya
dengan laju. Dia tiada cara lain lagi untuk berjumpa dengan gadis tersebut
walaupun dengan cara paksaan.
“Kau dengar tak ni?” jerit Syifa.
Syifa menjadi cemas, apabila melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita dan
agak lengang.
“Riz, kau nak bawa aku pergi mana
ni? tolonglah Riz jangan buat aku macam ni.” Syifa berusaha memujuk Rizqan yang
kelihat sangat serius ketika itu. Air matanya sudah mengalir kerana terlalu
takut.
Mendengar esakan Syifa itu, Rizqan
terus memberhentikan keretanya. Jiwanya terusik melihat air mata Syifa.
“Riz, tak cukupkah kau dah buat
hidup aku menderita sepuluh tahun yang lepas. Tolonglah, hentikan semua ni,
hantar aku balik.” Pujuk Syifa lagi.
Rizqan menatap wajah Syifa yang
sudah berjujuran air mata itu. Sungguh, ingin sahaja dia memeluk gadis itu
kerana dia terlalu merindukan gadis itu. Hampir sahaja dia tidak mengenali
Syifa sewaktu mereka bertemu buat kali pertama setelah sepuluh tahun berlalu,
kerana gadis itu telah banyak mengalami perubahan terutama dari segi
penampilan. Penampilannya lebih moden dan elegan, tiada lagi wajah ayunya
sewaktu sekolah dahulu. Dia kini lebih cantik.
“Maaf Syifa, aku takda pilihan
lain.” Ketika itu juga Rizqan terus menekup mulut dan hidung Syifa menggunakan
sapu tangan yang sudah dibubuh dengan ubat.
Syifa meronta-ronta dan akhirnya dia
terkulai lemah tidak sedarkan diri.
****************
Perlahan-lahan Syifa membuka kelopak
matanya, kepalanya terasa berat. dia memandang keadaan sekelilingnya sepertinya
dia berada di sebuah bilik. Syifa mendapati tubuhnya terbalut dengan selimut
tebal, dia mengintai perlahan tubuhnya di sebalik selimut itu. Ya Allah, tiada
seurat benang pun di tubuhnya. Setompok darah pekat merah terdapat di cadar katil
tersebut. Terasa sesak nafasnya saat itu, air mata Syifa sudah berjujuran. Dia
bingung sendiri dan dia baru perasaan seseorang sedang tidur meniarap di
sebelahnya tanpa mengenakan pakaian juga. Rizqan! Takkan dia…
“Setan kau! Apa kau dah buat dengan
aku?” Syifa sudah menumbuk-numbuk Rizqan yang terus membuatkan Rizqan tersedar
dan cepat-cepat menangkap kedua pergelangan tangan Syifa yang sudah mengamuk
sakan itu.
“Syifa, aku sayangkan kau. Aku akan
bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat ni?”
“Jangan nak bermimpi. Aku tak hingin
dan taknak, aku benci kau!” Syifa merasa dirinya sangat kotor saat itu.
Terbayang wajah ibu dan ayah di benak fikirannya. Mak, ayah..maafkan syifa yang
tak pandai jaga diri.
“Syifa saya janji akan jaga dan
sayang awak sampai hujung nyawa saya. Saya akan bertanggungjawab dengan semua
ni. Tolong terima saya sebagai suami awak.” Pujuk Rizqan lagi.
Syifa menangis dengan kuatnya. Kini
dia adakah mawar yang pudar warnanya.
*************************
“Aku terima nikahnya, Syifa Imani
binti Mahmud dengan mas kahwin seperangkat alat solat.Sah!” Ucap Rizqan dengan
sekali lafaz. Para tetamu yang berada di situ turut menyatakan sah dan setelah
itu doa pun di baca oleh imam. Kini sahlah dia menjadi isteri Mohd. Haris
Rizqan. Air matanya mengalir bukan kerana gembira melainkan sedih. Dia tidak berani membuka mulut untuk
menceritakan cerita yang memalukan itu kepada siapa-siapa. Rizqan sudah berada
dihadapannya dan bersiap untuk menyarung cincin di jari manisnya.
“Salam tangan suami tu Syifa.” Arah
ibunya yang sedari tadi duduk di sebelah Syifa.
Dengan terpaksa Syifa menyalami
tangan suaminya itu dan sebuah kucupan di berikan Rizqan di dahinya. Terasa
hendak mengesat dahinya itu dengan secepatnya, jijik!
*****************************
“Sayang dah solat isyak. Mari kita
solat sama-sama.” Pinta Rizqan ketika melangkah masuk ke dalam bilik pengantin
mereka.
“Hati setan macam awak ni pun pandai
solat juga. Apa awak panggil saya, sayang. Eh tolonglah nak termuntah saya.”
Syifa tersenyum senget. Masih dijaga suaranya agar ibu dan ayahnya tidak
mendengar.
Terasa pedih hati Rizqan
mendengarnya namun disabarkan juga hatinya.
“Syifa jangan melampau kalau tak..”
“Kalau taka pa? kau nak ceraikan
aku. Cerailah, aku tak heran pun.”
Rizqan beristiqfar dalam hati.
“Boleh tak awak lupakan apa yang dah
berlaku dan kita mulakan hidup baru.”
“Dalam mimpi! Sampai bila-bila saya
takkan lupakan apa yang awak dah buat dengan saya.” Syifa bercadang hendak
keluar namun ditahan Rizqan.
“Kau jangan nak sentuh aku setan.”
“Syifa jangan nak melampau, abang
masih ada hak dengan Syifa.” Syifa telan liur apabila suaminya makin merapat
dan Syifa terus mengundur. Langkah Syifa terhenti apabila suaminya itu sudah
memerangkap dirinya didinding. Renungan redup itu menikam jantungnya. Syifa
semakin tidak menentu. Pandangan itu
sama seperti sepuluh tahun yang lalu, pandangan yang boleh membuatnya tidak
menentu.
“Abang akan pastikan Syifa jatuh
cinta dengan abang lagi. Dah lupa, Syifa pernah sukakan abang dulu.” Rizqan tersenyum penuh yakin,
“Dulu mungkin iyah, sekarang yang
ada hanya penuh kebencian. Saya benci awak.” Air mata Syifa mengalir lagi.
Cepat-cepat dia berlalu dari situ. Rizqan hanya mampu memandang kosong. Seribu
penyesalan menghujani dirinya, kalaulah dia tidak terburu-buru untuk memiliki
gadis tersebut pasti gadis itu tidak akan membencinya seperti itu.
**************************
Setelah memberitahukan kepada kedua
orang tuanya, Syifa pun memulakan untuk
mengemas apa yang patut untuk dibawa kembali ke rumah sewanya.
“kakak.” Sapa Syira, satu-satunya
adik yang dia ada kerana mereka cuma berdua adik-beradik. Syira memeluknya dari
belakang. “Lepas ni mesti Syira dah tak boleh jumpa akak selalu kan.”
“kenapa pula tak boleh? Akak cuma
ada Syira, abah dan ummi jak kat dunia
ni.”
“Umm akak lupa ya, suami akak a.k.a
cinta pertama akak dari sekolah lagi.”
Suami ? aku tak anggap pun namun aku
sekadar tersenyum tawar.
“Akak janganlah sedih-sedih, lepas
ni kalau akak ada apa-apa story mory
nak share kita skype ajalah sebab suami akak nanti jealous pula.” Adik sudah ketawa tersengih-sengih. Kini dia
mengubah posisi dan berbaring di ribaku,
adik sememangnya agak manja dengan diriku.
“Bestnya akak, dapat kahwin dengan
cinta pertama.” Entah kenapa saat adik mengucapkan itu, air mataku mengalir
perlahan, saat ini aku merasa sangat sebak. Kalaulah, aku tidak jatuh cinta
padanya dulu mungkin takdir hidupku tidak akan seperti ini. Perasaan sayang
yang aku ada dulu hanyalah penuh kebencian sahaja.
Adik duduk pula, “Akak kenapa ni,
ceritalah kat adik apa masalah akak.” Aku tidak berkata sebaliknya hanya
memeluk adik dengan erat. Syira mengusap perlahan belakang badan akaknya dengan
kebingungan. Sejak majlis pernikahan kakaknya, kakaknya itu terlihat pendiam.
Sedangkan dia tahu kakaknya adalah seorang yang ceria. Saat itu dia melihat
abang iparnya berdiri di pintu mememerhati tingkah laku mereka. Rizqan
memberikan isyarat agar adik iparnya tidak bersuara agar kehadirannya di situ
tidak diketahui isterinya.
***********************
Setelah dua minggu bercuti dari
majlis pernikahannya, semua kerja Syifa terbengkalai di pejabat. Syifa
mengurut-ngurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Ikut hatinya dia seakan
tidak ingin mnenghadari mesyuarat pagi itu namun mengingat jawatannya sebagai
ketua di syarikat abahnya sendiri , akhirnya Syifa pergi juga.
Selesai sahaja mesyuarat, Syifa terus terbaring di sofa yang berada di biliknya
itu. Sejak mesyuarat tadi dia cuba menahan-nahan sakit kepalanya. Migraine, tolong jangan datang sekarang.
Syifa berdoa dalam hatinya. Kepalanya benar-benar terasa sakit. Lengannya di
letakkan di matanya, cuba melindunginya matanya dari silauan lampu tersebut.
Dessy masuk ke dalam bilik
majikannya itu setelah menerima arahan dari ketuanya agar membawakan dia sebiji
panadol dan segelas air.
“Puan, ini ubatnya.” Syifa menyambut
huluran setiausahanya itu.
“Puan ok, saya tengok muka puan
pucat sangat.” Syifa sekadar mengangguk dan kembali berbaring seperti tadi.
“Dessy tolong cancel apa-apa meeting saya
lepas ni. saya tak larat sangat nak bangun, tolong jangan benarkan sesiapa
ganggu saya, saya nak tidur kejap.”
Dessy faham akan arahan ketuanya
itu. Tiba-tiba telefon bimbit ketuanya berbunyi. Dessy serba salah hendak
mengangkat kerana bosnya baru sahaja memberi
arahan.
“Tolong jawabkan panggilan itu untuk
saya.” Syifa bersuara namun masih dengan posisi tadi.
“Hello..Maaf saya setiausaha puan
Syifa. Puan pesan, dia taknak diganggu saat ini sebab dia kurang sihat..”
talian sudah dimatikan. Pelik.
“Dessy siapa call tadi?”
“Saya tak tahu pula puan. Nama
pemanggil tak ada.”
“Tak apalah. Awak boleh keluar
sekarang.”
Dessy pun menghilang dari ruangan tersebut.
Perlahan-lahan Syifa membuka kelopak
matanya apabila merasakan sebuah kucupan di dahinya.
“Abang hantar awak pulang ok, muka
sayang pucat sangat abang tengok.”
Rizqan! Dia buat apa kat sini?
Takkan dia yang buat panggilan tadi.
“Puan saya rasa betul cakap suami
puan, lebih baik puan berehat kat rumah.” Kelihatan Dessy berdiri tidak jauh darinya.
Syifa sekadar mengangguk, malas
hendak membantah. Manakala Rizqan tersenyum melihat keakuran isterinya itu.
Perlahan Rizqan mencempung tubuh
isterinya itu dan tanpa suara Syifa sekadar berdiam dan mukanya terus
disembamkan di dada bidang suaminya itu.
*************************
“Kita ke klinik ok.” Rizqan kerling
seketika Syifa yang berada disebelah itu dan kembali memandang semula kedepan.
Syifa geleng kepala. “Saya nak rehat
kat rumah jak.” Terasa bergetar suaranya saat itu cuba menahan sakit kepalanya
yang semakin kuat berdenyut-denyut. Matanya masih terpejam rapat dan kelihat
keningnya berkerut. Perlahan air matanya sudah mengalir.
Rizqan terus memberhentikan
kenderaannya di tepi jalan sebaik sahaja melihat air mata isterinya. Hatinya
menjadi cemas. Perlahan air mata itu disapunya. Syifa terasa tiada tenaga
hendak mencegah jari itu dari menyentuh mukanya sebaliknya dia terasa lega
apabila jari-jemari itu sudah memicit
lembut kepalanya.
“Saya dah ok, teruskan perjalanan
saja.” Hati Rizqan kembali tenang dan dia kembali meneruskan pemanduannya.
*************************
Perlahan Syifa membuka kelopak
matanya. Kepalanya sudah terasa ringan, seolah migraine yang menyerang tadi sekadar mimpi buruk. Apabila pandangan
Syifa sudah jelas, perkara dia nampak pertama adalah wajah suaminya yang sudah
tidur nyenyak menyandar di kepala katil. Rupanya sedari tadi dia lena tertidur
di riba suaminya. Perlahan Syifa bangkit dari tidurnya, takut sekiranya Rizqan
terjaga. Kelihatan suaminya masih memakai
pakaian kerjanya.
Syifa menatap penuh minat wajah
suaminya yang bersimbahkan cahaya dari lampu di tepi katil itu. Entah kenapa
saat jiwanya terusik dengan keprihatin dari suaminya itu. Kenapa dia baik
sangat dengan aku, sedangkan selama ni macam-macam dah benda aku buat supaya
dia lepaskan aku. Jahat sangatkah aku ni? kenapa aku masih tak boleh maafkan
dia? Tanpa sedar air mata Syifa gugur satu persatu.
Rizqan terjaga apabila mendengar
bunyi esakan.
“Masih sakit ya?” Lembut sahaja
suara Rizqan. Syifa sekadar menggeleng. Kepalanya ditundukkan tidak kuat untuk
menatap pandangan suaminya.
“Sayang cakaplah sesuatu, abang
risaulah.”
“Kenapa awak masih layan saya dengan
baik? Adakah sebab awak kasihan dengan saya atas kejadian sepuluh tahun yang
lepas.”
“Syifa, saya dah katakana saya
taknak kita ungkit apa yang dah terjadi. Kita mulakan hidup yang baru ok.”
Syifa sekadar tersenyum senget. Air
matanya pantas dikesat, kenapalah dia boleh berlembut hati dengan lelaki di
hadapannya ini dengan hanya sedikit keprihainannya itu. Hampir sahaja dia tewas
dengan perasaannya.
“Tidak, sampai bila-bila saya takkan
lupakan apa yang awak dah buat dengan saya. By
the way, terima kasih untuk hari ini.” Syifa pantas berlalu dari situ. Sepuluh
tahun yang lalu, sejak peristiwa itu Syifa sering dijadikan bahan ejekan
rakan-rakannya di dalam kelas bahkan satu sekolah seakan menghukum
dirinya. Sesetengah guru-guru sering
menyindirnya di dalam kelas kerana berita tersebut turut tersebar di kalangan
guru-guru. Keluarga dan Amni yang sering menaikkan semangat Syifa yang
seolah-olah sudah terkubur itu. Peristiwa itu juga membuatkan Syifa lebih
pendiam dan menyendiri dan kesempatan itu membuatkan lebih tekun belajar
sehinggalah Syifa mendapat keputusan SPM sangat cemerlang.
Syifa pun mengambil keputusan
meninggalkan bumi Malaysia selama 6 tahun untuk melanjutkan pelajarannya di
Amerika Syarikat. 6 tahun itu jugalah dia membawa dirinya ke Negara orang
sebagai tanda membawa lara di hatinya, dia ingin melupakan apa yang telah
terjadi selama ini paling penting melupakan Mohd. Haris Rizqan dalam hidupnya.
Usaha melupakan lelaki tersebut selama sepuluh tahun ternyata sia-sia kerana
lelaki itu jugalah yang menjadi suaminya.
*********************
“Maaf puan saya dah cuba halang dia
untuk masuk?”
Syifa mengangkat mukanya. Hatinya
bengang melihat seorang perempuan berjilbab dan berkaca mata hitam sedang berpeluk
tubuh memandangnya dengan pandangan sombong, nampak elegen tapi sayang tak tahu
tata tertib main serbuh jak. Syifa pantas mengangkat jarinya tanda membiarkan
sahaja. Dessy yang mengerti pantas keluar dari bilik majikannya itu.
“Well,
saya tak tahu niat awak bertemu dengan saya tanpa temu janji terlebih dahulu. Please, have are seat.” Pelawa Syifa,
namun wanita dihadapannya itu sekadar bercekak pinggan. Kening Syifa berkerut.
“Syifa, I miss u so much” Wanita itu
memeluk Syifa dengan erat. Syifa meleraikan pelukan tersebut kerana masih
bingung.
“Amni!” Syifa menjerit sebaik sahaja
melihat Amni membuka kaca matanya. Air matanya sudah bergenang. Dia terlalu
gembira bertemu kawan baiknya itu, sejak melanjutkan pelajar di luar negara
Syifa lost contact dengan kawan
baiknya itu.
Amni turut menangis. Gembiranya
bukan kepalang, nasib baik dia bertemu dengan adik Syifa ketika Amni menghantar
anak pertamanyanya ke nursery dan
kebetulan adik Syifa merupakan pemilik nursery terseut. Di situlah, Syira menceritanya
segala-galanya.
*****************
“Sampai hati kau tak pernah cari aku
selama sepuluh tahun ni?” Rajuk Syifa ketika mereka berada di sebuah restoran tersebut.
“Aku bukan tak cari kau, dah cuba
tapi sayang kamu sekeluarga dah pindah. Masa kau study kat oversea aku
pula study di Malaysia ni ambil course akaun. Seterusnya, dapat kerja
kat bank dan bertemu jodoh dengan ketua aku sendiri hehe, alhamdulillah dah tiga tahun perkahwinan kami dan dikurniakan dua orang anak lelaki.” Jelas
terpancar kebahagiannya di wajah Amni. Syifa tumpang gembira.
“Eh betulkah, kau kahwin dengan
Rizqan? Aku macam tak percaya kau kahwin dengan dia. Macam mana kau boleh jumpa
semula dengan dia? Ceritalah kat aku.” Soal Amni bagai tidak sabar almaklum
sepuluh tahun tidak berjumpa, terlalu banyak kejadian yang berlaku.
Syifa melepaskan satu keluhan dengan
berat, sukar untuk menceritakan kepada Amni. Amni mengambil posisi di sebelah
Syifa, tangan Syifa digenggam dengan erat. Syifa pun menceritakan
segala-galanya.
“Jujur Amni, aku terlalu bencikan
dia dan masih tak boleh terima dia dah jadi suami aku.”
“Sabar Syifa, semua ni dah ketentuan
Ilahi. Kau dah lupa, jodoh di tangan Tuhan, Dia dah tentukan segala-galanya dan
kau kena terima dengan hati yang terbuka. Syifa aku sayangkan kau, dan aku nak
sangat tengok kau bahagia. Sampai bila kau nak hidup dalam kebencian, lupakan
dendam kau, bukak pintu hati untuk dia In shaa Allah kau akan nampak manisnya
perkahwinan kau ni. Aku tau kau boleh lakukan.” Amni mengusap lembut rambut
Syifa yang sudah teresak-esak itu.
************************
“Alamak, taknak hidup pula kereta
ni?” Syifa menendang tayar keretanya.
“Ouhh!” Syifa terasa hujung jari
kakinya itu berdenyut-denyut, dah tau benda tu keras nak juga tendang. Syifa
memarahi dirinya sendiri. Jam di tangannya menunjukkan pukul sebelas malam.
Syifa melilau keadaan sekeliling jalan raya tersebut yang lengang tanpa
kenderaan, hati Syifa menjadi risau. Syifa sering menggunakan jalan raya
tersebut untuk pulang kerumahnya memandangkan ianya lebih cepat walaupun tidak
banyak kereta yang lalu di situ kerana sering dikatakan jalan tersebut keras
sedikit.
Syifa masuk semula ke dalam
keretanya apabila terasa bulu romanya merembang sehingga ke pangkal tengkuk.
Syifa terasa hendak menangis. Telefon pantas di keluarkan dan mendail nombor
seseorang.
“Awak kat mana? Saya takutlah?”
Syifa sudah menangis, dia tidak mempedulikan lagi egonya.
“Err, ni Puan Syifa ke? handphone bos tinggal kat Café ni.” Syifa menjadi
bengang, takkanlah saat-saat macam ni dia buat hal pula. Syifa terus mematikan
telefonnya kerana merasa geram. Dalam hati Syifa tidak putus-putus berdoa
semoga Allah menyelamatkan dirinya.
Tok! Tok!
Kelihatan dua orang lelaki berada di
bahagian cermin keretanya.
“Cik ada masalah, saya boleh
tolong?” tawar seorang dari lelaki tersebut. Hati Syifa menjadi curiga. Syifa
pantas menggeleng kepalanya.
“Cik jangan takut, saya orang baik.
Saya cuma nak tolong cik.” Tokok seorang temannya itu lagi. Ceh, orang baik
takkan pernah mengaku dia orang baiklah. Semua tu kita boleh nampak kat muka
dia. Saat ni, Syifa teringat akan Rizqan, walaupun jelas terpancar keikhlasan
di mukanya namun Syifa tetap menidakkan kehadiran lelaki tersebut sebagai
suaminya. Badan Syifa sudah mengigil kerana ketakutan.
“Cik janganlah degil.” Lelaki
tersebut sudah menunjukkan belangnya apabla melihat keengganan Syifa.
“Eh aku kata taknak, taknaklah.
Pergi sebelum aku call polis.” Syifa
pula menengking.
Dua orang lelaki tersebut ketawa
terbahak-bahak. “Eh mat, kau pecahkan cermin kereta tu.” Arah rakannya. Jantung
Syifa berdegup dengan kuat.
Kedengaran kaca dari cermin sebelah
pemandu Syifa sudah terpecah, Syifa menjerit ketakutan. Darah mengalir dari
pipinya kerana sebahagian serpihan kaca tersebut telah mengenai pipinya. Entah
dari mana Syifa mendapat kekuatan ketika itu juga dia mengeluarkan minyak wangi
dari begnya dan menyembur di mata lelaki yang cuba membuka pintu dari sebelah
pemanduannya. Lelaki tersebut menjerit kesakitan dan sudah berguling-guling di
jalan raya. Kesempatan itu Syifa membuka pintunya apabila melihat seorang
rakannya mendapatkan lagi temannya yang kesakitan itu. Syifa berlari dengan
hanya berkaki ayam, tidak mungkinlah dia hendak berlari dengan high heelsnya yang setinggi tujuh inci
itu. Namun pergerakan Syifa seakan terganggu dek kerana skritnya yang agak
sendat itu. Syifa tidak mempedulikan lagi kesakitan yang dirasakan di kakinya
saat itu. Air matanya mengalir lebih laju.
Ternyata seorang lagi temannya itu
sedang mengejar Syifa.
Prakk! Baju blouse Syifa terkoyak di bahagian bahunya sehingga menampakkan
bahagian pakaian dalamnya. Secepat itu itu lengan Syifa disambar dengan kuat
dan sebuah penampar dihadiahkan kepada Syifa menyebabkan dia sudah terbaring di
jalan raya. Syifa menjerit lagi.
“Jeritlah, tak siapa akan dengar
hahahahah.” Matanya tak lekang memandang dada yang sudah terdedah itu. Nafsu
syaitan mulai menguasai hati hitamnya. Dia pantas duduk dia atas badan Syifa
dan tak cukup dengan itu skrit Syifa turut dikoyakkan menampakkan lagi pahanya
yang gebu itu.
“Abangggg!!!!!” Saat ini, suaminya
yang terlintas di kepalanya.
Satu tendangan tepat mengenai kepala
lelaki tersebut menyebabkan dia terpelanting ke tepi.
Rizqan mendapatkan isterinya yang
lemah terbaring di jalan raya itu. Mujur dia sempat tiba. Kalaulah dia tidak
berpatah balik semula ke Café tadi untuk mengambil telefonnya yang tertinggal
mungkin dia tidak mengetahui Syifa memerlukan dirinya. Baju kemejanya dilepas
dengan kasar sehingga tercabut butang bajunya, dia ingin secepatnya membalut
tubuh isterinya yang sudah terdedah itu dari pandangan lelaki durjana tersebut.
Syifa sudah menangis tersedu-sedu
dalam pelukan Rizqan, dia terasa begitu selamat dalam pelukan lelaki tersebut.
“Maafkan abang, Syifa.”
“Oh mat Romeo datang nak selamatkan
Juliet.” Ternyata lelaki durjana tersebut masih kuat untuk berdiri.
“Dia bukan mat Romeo, dia suami
saya.” Syifa bersuara lantang. Rizqan memandang Syifa dalam pelukannya itu
dengan senyuman yang melebar.
“Oh suami kau. Eh bro kau dah ‘rasa’
isteri kau ni, bagilah aku juga ‘rasa’ jangan tamak sangat. Pehh paha isteri
kau tu gebu bro terliur aku.”
“Damn
you!” sebuah tumbukan tepat mengenai pipi lelaki tersebut. Sekali lagi dia
terpelanting terbaring di jalan raya. Bertalu-talu Rizqan menghadiahkan
tumbukan di muka lelaki tersebut sehingga dia tidak berdaya lagi.
Siren polis kedengaran menghampiri
mereka. Rizqan pantas mendapatkan Syifa yang masih terduduk itu.
Dua anggota polis keluar dari
kenderaan tersebut. Rizqan pantas mendapatkan dua anggota polis tersebut dan
menceritakan apa yang terjadi. Dia bersyukur kerana kebetulan anggota polis
tersebut membuat rondaan di kawasan tersebut yang sememang terkenal dengan kes
samun dan rompak. Selepas memberikan keterangan di balai polis, akhirnya Syifa
dan Rizqan pun pulang ke rumah. Dua perompak tersbebut di tahan di balai atas
cubaan merompak dan merogol.
“Syifa yakin taknak pergi klinik?”
soal Rizqan ketika mereka sudah berada di rumah. Syifa geleng, dia sememangnya
tidak suka dengan bau klinik ataupun hospital yang akan membuatnya pening.
Rizqan pantas mendapat peti
kecemasan dan bersedia membersihkan luka
di pipi Syifa yang tergores dan bibir Syifa yang agak lebam itu. Syifa pandang
dengan penuh minat muka suaminya yang kusyuk membersihkan luka di pipinya itu.
kata-kata Amni tempoh hari menusuk di kalbunya. Air matanya tiba-tiba mengalir,
dia merasa sangat berdosa ketika itu mungkin ini adalah balasan dari Tuhan ke
atas dirinya yang tidak mentaati suaminya selama ini.
“Abang minta maaf, sakit sangat
kah?” Syifa geleng kepala lagi, kali ini dia sudah teresak-esak. Rizqan menjadi
khuatir, mungkin isterinya masih trauma dengan peristiwa tadi. Air mata Syifa
di kesat dengan lembut.
“Syifa..Syi..fa..nak minta maaf.
Syifa banyak sakitkan hati awak. Syifa berdosa dengan awak. Mungkin ini balasan
dari Tuhan untuk Syi…”
“Syyyhhh, abang tak pernah ambil
hati dengan semua tu. Apapun terjadi abang selalu maafkan Syifa. ” Sebuah kucupan singgah di dahi Syifa
dan Rizqan memeluk erat Syifa erat. Mungkin ada hikmah dengan kajadian yang
berlaku tadi.
**************************
Perlahan Syifa membuka kelopak
matanya, dia terasa sangat segar namun tiba-tiba matanya bulat apabila melihat Rizqan
terbaring disebelahnya. Kepalanya di tongkat sambil merenungnya, cukup
membuatkan dirinya sudah sasau.
“Good
morning my love.” Pipi Syifa merona tiba-tiba, dia menjadi malu sendiri
apabila sedari tadi Rizqan merenungnya ketika tidur. Dia pantas menarik semula
selimutnya dan menutup mukanya.
“Awak buat kat sini?” soal Syifa
dalam selimut. Jantungnya berdegup dengan kencang, sama seperti yang dirasakan
ketika sepuluh tahun yang lalu cuma bezanya kali ini lelaki itu adalah suaminya
sendiri bukan lagi secreat admirernya
sejak tingkatan tiga lagi, bukan lagi Rizqan yang selalu di curi-curi
pandangnya ketika di perhimpunan, di kantin bahkan ketika sengaja melewati
kelas Rizqan setiap hari.
“Sayang dah lupa, siapa minta
temankan sayang tidur semalam?”
Minda Syifa kembali mengingat
peristiwa semalam.
“Awak,
boleh temankan saya tidur malam ni. Syifa takut.” Syifa menarik hujung lengan
Rizqan ketika Riqan hendak meninggalkanbilik tidurnya sebaik sahaja dia selesai
membersihkan luka Syifa.
Syifa menjerit kecil dalam selimut.
Dia pantas menarik selimutnya semula.
“Semalam tak ada apa-apa berlaku
kan?” Syifa merenung suaminya itu.
“Syifa nak apa-apa berlaku ke?” soal
Rizqan merenung Syifa lagi sambil menaik-naikkan keningnya.
“Arghh benci awak.” Syifa menutup
lagi mukanya, kali ini dengan tapak tangannya. Ok nampaknya degupan jantung
sudah tidak menentu.
“Syifa look at me. Abang bukan lagi Rizqan yang Syifa jadikan secreat admirer sejak tingkatan tiga
lagi, bukan Rizqan yang Syifa selalu curi-curi tengok masa kat perhimpunan,
masa kat kantin ataupun ketika Syifa lewat kelas abang setiap hari. Itu cerita
sepuluh tahun yang lalu, sekarang ni, abang dah jadi suami Syifa. Walaupun
semua tu berlalu, abang pasti perasaan malu-malu Syifa ketika memandang abang
tak pernah hilang, abang sentiasa kat hati Syifa kan. Muka malu-malu Syifa
tulah yang buatkan abang tambah tertarik dengan Syifa. “
Perlahan-lahan Syifa menurunkan
tapak tangannya. Dia tau semua tentang aku, dia tau aku sukakan dia dari tingkatan
tiga lagi, dia perasan aku selalu curi-curi pandang dia masa kat sekolah dulu.
Dia perasaan aku malu-malu bila terpandang dia.
Kini Syifa duduk pula. “kenapa awak
tak pernah bagitau saya selama ni? kenapa awak seksa perasaan saya? Kenapa awak
sebarkan sms yang bagi kat awak, kenapa awak macam ni kat saya?” air mata Syifa
sudah mengalir.
Rizqan turut duduk. “Syifa, abang
bukan taknak mengaku, tapi abang takut semua tu hanya perasaan kita sahaja. Dan
satu kes penyebaran sms Syifa tu bukan kerja abang tapi tu kerja ex-girlfriend abang. Entah macam mana
dia boleh dapat tu sms dari handphone
abang. Abang cuba jumpa Syifa untuk berterus-terang tentang perasaan abang,
tapi Syifa selalu mengelak dari abang. Masa Syifa hantar msg macam tu, hati
abang sangat gembira. Abang cuba cari
Syifa dalam sepuluh tahun tu tapi gagal sehinggalah kita bertemu sekali lagi di
Café abang. Abang gembira sangat masa tu, sampai terasa abang nak peluk Syifa
tapi tak sangkah di mata Syifa masih penuh kebencian dengan abang.
Abang pun berjanji dengan diri
abang, abang takkan lepaskan Syifa lagi. Abang siasat tentang diri Syifa dan
ternyata Syifa belum berpunya. Kat situ abang yakin sangat Syifa masih tak
dapat lupakan abang kan. Tapi Syifa selalu mengelak dari abang sehinggalah
abang terpaksa buat kerja gila, abang dah tak boleh fikir cara nak dapatkan
Syifa sampai abang dah….”
Syifa meletakkan jari telunjuknya di
bibir Rizqan. Sedari tadi dia sekadar berdiam menjadi pendengar.
“Syifa dah tau perkara sebenar,
sebenarnya Syifa masih dara. Awak tak pernah pun sentuh Syifa masa kat hotel
tu, awak sekadar tidur sebelah Syifa kan. Tu semua bantuan pekerja kat hotel
yang awak bagi upah kan.”
“Ah macam mana Syifa tau?”
“Sebulan selepas perkahwinan kita
Syifa period peliklah sebab kalau
benda tu jadi mesti Syifa tak period
kan. Syifa pun beranikan diri check kat
klinik untuk memastikan Syifa masih dara ataupun tidak. Doktor sahkan Syifa
masih dara. Syifa pun siasat kat tempat hotel tu sehinggalah Syifa bertemu
dengan pekerja yang sama-sama berkomplot dengan abang, setelah Syifa ugut untuk
laporkan kepada pihak polis dia pun membuka mulutnya dan menceritakan
segalanya. Selepas tau perkara ni, Syifa tambah benci dengan awak tapi..”
kata-kata Syifa tersekat di situ.
“Tapi apa?’
“Dia bagitau awak menangis masa tu,
pekerja tu bagitau, awak terpaksa buat sebab awak sa..yangkan saya. Dia boleh
nampak badan awak menggigil sebab takut. Tapi awak buat juga kan, tu namanya
menipu.”
“Syifa, abang betul-betul minta maaf
dah gunakan cara yang salah untuk dapatkan awak. Abang akui abang khilaf. Kalau
Syifa memang tak boleh nak terima abang, abang ikhlas relakan Syifa pergi dari
hidup abang.”
Syifa menghadiahkan tamparan di pipi
Rizqan. Tercengang Rizqan.
“Bodoh, setelah apa yang berlaku
awak masih nak lepaskan saya. Saya tak benarkan. Sampai bila-bila awak kena ada
di sisi saya. Sepuluh tahun saya tunggu awak Rizqan, dan sekarang awak dah jadi
milik saya, jadi suami saya. Saya takkan lepaskan awak lagi.” Rizqan sudah
tersenyum gembira. Melihat air mata Syifa, Rizqan turut menangis kerana terlalu
gembira. Rizqan pantas memeluk erat isterinya itu. Terima kasih Ya Allah,
akhirnya Engkau lembutkan hati Syifa untuk menerima hamba ini.
“I
love you, Syifa Imani.” Bisik
Rizqan penuh romantik di telinga Syifa.
Syifa sudah tersipu malu. Bahagianya
tidak terkata saat ini, dia benar-benar bersyukur kehadrat Ilahi. Semoga cinta
pertamanya adalah cinta terakhir dalam hidupnya juga.
“I
love u too, Mohd. Haris Rizqan.” Balas Syifa sambil tertunduk, walaupun
sepuluh tahun berlalu perasaan malunya tetap tidak berubah.
“Abang nak mulai hari ni, Syifa kena
ganti ‘awak’ kepada ‘abang’ pula. Cuba, abang nak dengar.”
Syifa menggigit bibirnya, mukanya
sudah terasa panas. Syifa memandang geram suaminya, sengaja nak buat aku malu.
“Cepatlah, kalau tak sampai
bila-bila abang takkan lepaskan Syifa.” Ugut Rizqan yang masih memeluk Syifa
dengan erat.
“A..ba…ng.”
“Lagi.” Pinta Rizqan.
“Abang, jangan pernah tinggalkan
Syifa tau.” Bisik Syifa dengan lembut memuatkan Rizqan sudah tersenyum bahagia.
Ditatapnya muka Syifa yang sudah merona merah itu.
“Err..kenapa..abang pandang Syifa
macam tu?” Degupan jantung Syifa semakin kuat. Mereka saling bertatap.
“Abang terasa bahagia sangat. Terima
kasih Syifa.” Syifa menutup matanya apabila terasa kucupan di dahinya, cuba
menghayati indahnya detik-detik itu. seterusnya kedua keningnya turun ke dua mata
Syifa yang basah dek tangisan bahagia itu di kucup lagi. Sehinggalah Rizqan
melanjutkan pula ke bibir Syifa. Syifa sekadar mendiam diri dan membiarkan
sahaja Rizqan memainkan peranannya.
“I
love you so much.” Ucap Rizqan sambil menatap Syifa yang masih malu-malu.
Syifa tersenyum, terasa hatinya berbunga-bunga. Mereka saling menatap penuh
bahagia. Rizqan mendekatkan lagi bibirnya ke bibir Syifa. Kali ini Syifa turut memainkan peranannya dan
mereka sama-sama menikmati detik-detik tersebut dengan indah.
***************************
“Syifa aku turut gembira dengan
perubahan kau sekarang ni, kau nampak bahagia sangat sekarang ni. Lagi satu aku
suka dengan perubahan kau yang dah menutup aurat. Kau nampak manis sangat
bertudung ni.” sejak kejadian tempoh hari, Syifa mengambil keputusan untuk
menutup aurat dan keputusan itu di sokong seratus peratus dari suami
tercintanya. Bahkan keluarganya juga turut gembira dengan perubahannya. Dia
ingin auratnya hanya di lihat suaminya sahaja.
“Terima kasih kau sedarkan aku yang
berhati batu ni Amni, kalau tak sampai bila-bila aku tak akan buka pintu hati
aku untuk dia.”
“Syifa ni semua kekuasaan dari Allah
S.W.T aku cuma boleh bagi kau nasihat tapi semua tu terpulang dari kau. Aku bahagia
bila kau bahagia.” Mereka saling berpeluk erat dan sama-sama menangis gembira.
“Oklah Syifa aku tak boleh peluk kau
lama-lama, cik abang kau cemburu nanti.” Syifa sekadar tersenyum apbila Rizqan
sudah mendekati mereka. Dan tanpa segan Rizqan memeluk Syifa dari belakang di
hadapan Amni.
“Abang malulah Amni nampak tu.”
Syifa menampar lembut lengan suaminya yang tidak berkira tempat untuk
memeluknya.
“Takpa, aku sporting janji aku dapat title
auntie gorgeous dari anak kau
nanti.”
“Coming
soon, dua bulan dah.” Tutur Rizqan tanpa selindung. Syifa menjeling
suaminya yang sudah berada di sebelahnya. Mungkir janji betul, padahal mereka
dah janji nak umum masa pemotongan kek bagi ulang tahun perkahwinan mereka yang
pertama. Rizqan sekadar tersenyum memandang wajah isterinya yang masam itu. Melihat
sahaja senyuman Rizqan, Syifa kembali tersenyum. Syifa memang tak boleh nak
marah lama kalau dah tengok senyuman menggoda suaminya itu. Itulah pujaan hatinya sejak tingkatan tiga lagi.
Gatai!
“Really?”
Amni menjerit gembira. “Syifa, aku nak mesti baby girl. Kau ingat janji kita masa sekolah dulu nak satukan anak
kita pula. Anak aku dua-dua lelaki kau pilih a ja mana yang kau suka.”
“Amboi, kau ingat aku ni kilang. Um
taknak la, aku dah berubah fikiran, aku nak jodohkan anak aku dengan Lee Min Ho
tak dapat bapanya cukuplah anak aku dapat anaknya.” Ups, terlebih sudah. Rizqan
pula yang masam. Pernah mereka bergaduh gara-gara Syifa meletak poster Lee Min
Ho di bilik mereka supanya anak mereka mirip-mirip dengan Lee Min Ho nanti.
Amni dan Syifa sama-sama ketawa.
“Kak, mereka semua dah panggil
majlis dah nak bermula tu.” Syira mendekatiku. Mereka pun beriringan menuju ke
meja utama. Syifa dan Rizqan sama-sama memotong kek tersebut. Walaupun lari
dari perancangan ( Amni dah tau) Rizqan tetap mengumumkan tentang berita
gembira tersebut kepada orang ramai. Kedua mereka saling berpandang tersenyum
gembira.
Terima kasih ya Allah, memberikan
hambaMu ini sebuah keluarga yang sentiasa menyokong aku, seorang sahaat yang
sentiasa bersama aku dalam suka dan duka dan
secreat admirer ku, cinta pertamaku akhirnya menjadi jodohku. Alhamdulillah
J
******************
“Hmm sedap betul chesscake yang papa buat ni.” Syifa
mengusap dengan lembut perutnya yang sudah berusia lapan bulan itu. sejak
kandungannya berusia tiga bulan, panggilan mereka kini beruah dari sayang-abang
ke papa-mama. Sweet kan. Syifa
meneruskan lagi kunyahannya nikmat sehingga tidak sedar telah menghabiskan lima
slice kek tersebut
Selesai sahaja membasuh pinggannya,
Syifa bercadang hendak ke stor. Akhirnya Syifa menemukan barang yang hendak
dicari Syifa itu. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. Kenapa aku macam tak
pernah nampak kotak ni? Tangan Syifa pantas mencapai dan membuka kotak berwarna
merah itu. Ternyata barang-barang di dalamnya sekadar barang yang sudah tidak
digunakan suaminya, matanya menangkap sesuatu di dalam. Diteliti benda yang
berada di ditangannya itu dengan penuh minat, kenapa macam aku kenal benda ni?
Matanya bulat.
“Mama mia, ni botol minyak wangi
aku. Jadi…” Syifa terus teringat kisah tahun yang lepas apabila dia telah
terlanggar buntut kereta seseorang. Rupanya orang yang disangkahnya perompak
ternyata suaminya sendiri. Dengan botol minyak wangi ini aku spray mata dia dan dengan botol ini aku
baling kat kepala dia. Papa, mama minta maaf ya.
“Minyak wangi ni aku kena buang.
Papa tak boleh tau pasal ni, ni rahsia kita berdua ja tau adik.” Syifa mengusap
perutnya yang terasa menendang mungkin tidak setuju dengan cadangannya itu.
Biarlah pemilik botol minyak wangi
ini sentiasa menjadi misteri buat papa hehe yang penting kita bahagia, In shaa
Allah…sayang papa ketat-ketat J
Hyee korang..hopefully korang enjoy jgk baca cerpen ni walaupun x best hehe sya budak baru belajar..dah baca bagilah komen hehe tq :)
ReplyDeleteOk cerpen mmang best dan trbaik. Semoga mnjadi pnulis yg brjaya💪💪
ReplyDelete