Wednesday, July 17, 2013

Cerpen pertamaku: Hitam Putih Cinta Kita




                  “Good morning.
            “Hai Dessy, good morning too.”  Jawab Syifa dengan ceria kepada setiausahanya itu ketika melewati meja setiausahanya. Dia pantas menuju ke mejanya. Setiausahanya membuntutinya bersama buku catatan berwarna hitam.
            “Hari ini, Cik Syifa ada meeting dengan client dari Semenanjung  jam sembilan pagi, jam satu petang pula Cik Syifa kena melawat tapak projek di hospital dan selanjutnya jam  empat petang, Cik Syifa ada majlis Hi-Tea di hotel Shangri-La. Untuk hari ni, itu sahaja schedule Cik Syifa. Oh ya, seperti biasa bun keju dan Coffe Americano saya dah sediakan di meja kopi Cik Syifa.”
            “Oh thanks Des, tak pernah lupa dua benda kegemaran saya tu. ” Syifaa tersenyum dengan riang. Sejak Dessy memberikannya bun keju pada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan bun keju itu dan dia mulai mewajibkan Dessy agar menyediakan bun keju tersebut setiap pagi di meja kopinya. Entah apalah petua pembuat roti tu sampai dia terus ketagih untuk makan bun keju tersebut.
            Dessy tersenyum apabila bosnya berpuas hati dengan kerjanya. Dia pun meminta diri untuk meneruskan kerjanya sementara bosnya terus menikmati sarapan paginya itu kerana sememangnya bosnya itu jarang untuk bersarapan di rumah.
***********************
            Sekembalinya Syifa dari majlis Hi-Tea tersebut, dia terus mengambil keputusan untuk kembali ke rumah sahaja. Badannya seperti memujuknya untuk cepat-cepat sampai ke rumah. Syifa mengeluh panjang, pada waktu-waktu begini jam memang teruk. Semua orang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Jam menunjukkan enam setengah petang. Semoga dia sempat mengerjakan solat Maghrib di rumahnya. Apabila lampu sudah bertukar berwarna hijau, Syifa cepat-cepat memecut keretanya takut sekiranya lampu isyarat itu bertukar fikiran menjadi merah semula. Uhh, tak sanggup aku.
            Lagu kenangan terindah dari Samsons berkumandang dari radio spontan mengusik jiwa Syifa, kenangan sewaktu tingkatan lima tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. Sejak peristiwa itu, Syifa seakan serik untuk bermain cinta. Tak hairanlah umurnya sudah masuk 27 tahun namun dia masih belum mempunya teman lelakinya. Dirasakan hidupnya sekarang sudah lengkap walaupun tidak mempunya pasangan hidup.
            Bummm!!!!
            Dahi Syifa terhentuk kuat di stereng kereta tersebut.
            “Adoii, mak sakitnya.” Syifa mengadu kesakitan, diraba perlahan dahinya um kompom ada ‘biji golf’.  Aish, nilah kayal punya pasal tak sedar dah ‘cium’ buntut kereta orang.
            Cermin keretanya di ketuk bertalu-talu dari luar. Syifa pandang kejap. Seorang lelaki sedang berdiri di luar keretanya dan bercakap sesuatu. Perasaannya was-was untuk membuka cermin keretanya, takut sekiranya itu adalah motif para pencuri kereta sahaja. Syifa melilau keadaan sekeliling yang sunyi. Sah ni taktik pencuri!  Oh nak kenakan aku ya, kau tunggulah wahai pencuri. Syifa kelam-kabut mengeluarkan sesuatu beg tangannya. Cermin kereta diturunkan, sepantasnya Syifa spray mata lelaki tersebut yang sememang sudah tersembul di pintu keretanya. Tidak cukup dengan itu, botol kaca minyak wanginya dibaling tepat mengenai kepala lelaki tersebut. Ambik kau, baru puas hati aku. Silap besar kau nak kenakan aku wahai perompak.
            Lelaki itu menjerit kesakitan dan terus terbaring di tepi jalan raya.
            “Rasakan, wahai perompak! Get lose lah.” Syifa terus memecut laju keretanya meninggalkan si perompak tersebut.
            “Kurang asam punya perempuan, ikut sedap mulut dia panggil aku perompak. Kau ingat muka aku ni muka perompak? Dia buat salah, aku pula dikenakan. Takpa, suatu hari kita pasti akan bertemu juga. ” Lelaki itu menggosok-gosok lagi matanya yang masih terasa pedih, diraba kepala yang turut benjol dek minyak wangi wanita tersebut. Di kutip kembali botol minyak wangi wanita tersebut yang akan menjadi buktinya.
***************
            “Cik Syifa, saya nak tanya sesuatu boleh?” soal Dessy yang berada di sebelah pemandunya.
            “Tanya ja lah Dessy.” Syifa kerling sebentar Dessy di sebelahnya.
            “Dari pagi lagi saya dah perasan sesuatu kat dahi Cik Syifa, macam benjol pula.”
            “Oh ni gara-gara semalam saya langgar buntut kereta orang dan hadiahnya adalah ini.” Jari telunjuk tepat di dahinya yang benjol itu.
            “Serius,terus orang tu tak marahkan Cik Syifa ke?” soal Dessy dengan berminat.
            “Tak, sebaliknya saya yang kerjakan dia cukup-cukup sebab saya tau tu motif perompak. Dahlah kawasan semalam tu sunyi sahlah dia tu berniat nak merompak lah konon tapi alih-alih dia pula dikerjakan hahaha padan muka dia.”
            “Eh menakutkan tu Cik Syifa, nasib baik Cik Syifa tak mudah tertipu kan. Sekarang ni memang banyak dah kes macam tu. Tapi memang padan muka lelaki tu kan.” Dessy turutketawa.
            “Dessy, tempat yang kamu selalu beli bun keju tu kat mana?” soal Syifa menukar topik perbualan. “ Jom saya belanja awak beli bun kat situ.” Tawar Syifa dengan riang.
            “Oh terima kasih bos. Ok Cik Syifa jalan terus, nanti belok kiri lepas tu Cik Syifa akan terus nampak Café tampat jual bun keju tu.
            Akhirnya Syifa pun sampai di Café tersebut. Kelihatan Café itu tidak sunyi dengan kehadiran pelanggan. Syifa jatuh cinta dengan Café tersebut yang begitu menarik seolah-olah diri berada di Café yang terdapat dalam drama korea ‘Coffe Prince’.
            “Hai Cik Dessy.” Tegur salah seorang pekerja di Café tersebut. Popular juga setiausaha aku ni.
            “Hai, kenalkan ni bos saya Cik Syifa dialah sebenarnya peminat setia bun keju kat kat sini. “
            “Oh inilah orang yang Cik Dessy selalu katakan tu. Tak sangkah perpeluang juga saya bertemu dengan bos awak yang cantik manis ni.” Syifa sekadar tersenyum mendengar pujian dari  pekerja tersebut.
            “Bos awak pula mana?” soal Dessy. Aik Dessy ni, tak cukup dengan pekerja kat sini bos Café ni pun kau kenal. Dia ni beli bun atau mengorat?
            “Bos keluar kejap.”
            “Oh tak apalah. Umm hari ni kami nak melepak kat sini, bos belanja katanya. Pesanan macam biasa ok.” Syifa sekadar tersenyum mendengar gurauan setiausahanya itu. Mereka pantas menuju ke meja yang paling hujung. Lima minit kemudian, pesanan mereka pun tiba.
            “Eh kenapa banyak sangat bun keju yang awak beri ni?” Syifa pelik.
            “Oh bos saya baik hati berikan bun ini kepada awak sebagai tanda terima kasih atas kesetian awak dengan bun kami.” Syifa gembira bukan kepalang melihat bun keju sebanyak itu yang sememangnya menjadi kesukaannya. Dia pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.
            “Cik Syifa nak tau, semua bun kat kedai ni bos diorang yang buat tau. Dahlah hensem, tinggi, baik hati, romantik pastu pandai buat bun lagi tu. Memang cirri-ciri suami Dessy.” Haha nampaknya kalau jodoh Dessy dengan bos Café ni, memang aku lah yang paling berjasa yalah kalau tak kerana aku suruh dia hari-hari beli kat sini tak mungkin dia kenal bos kat sini kan.
            “Bos dengar tak saya cakapkan ni?”
            “Sorry lah Des, sedap sangat bun ni sampai tak sedar saya awak ada kat depan saya.” Syifa tersengih sendiri.
            “Ah itu pun bos Café ni.”
            Syifa terus berpaling ke belakang untuk melihat gerangan bos Café yang dikatakan serba sempurna itu. Bulat mata Syifa. Mata aku tak salah nampak ke ni? Tidak, tidak. Aku salah orang ni. Tapi kenapa aku yakin sangat itu adalah dia. Selera Syifa tiba-tiba mati. Jantung Syifa berdetak kuat. Air matanya seakan hendak gugur. Dia belum siap untuk bertemu lelaki itu lagi, kenapa takdir menemukan mereka lagi.
            “Bos, kenapa tiba-tiba diam? Bos sakit ke? Kenapa saya tengok bos macam pucat sangat?” Dessy menjadi pelik tiba-tiba, rasanya tadi bosnya itu sihat walafiat.
            Seakan keluh lidah Syifa untuk bersuara. Kedengaran derap tapak kaki lelaki tersebut menghampiri meja mereka sama seperti jantungnya mulai berdegup dengan kuat seperti menumbuk-numbuk dadanya.
            “Dessy saya nak bailk dulu, maaf boleh tak kalau Dessy balik sendiri. Duit ni nanti tolong bayarkan.” Terasa bergetar suara Syifa.
            “Ha?” Dessy pelik sendiri, bingung dengan keadaan sebenar.
            Syifa cepat-cepat bangkit dari kerusinya dan tidak disengajanya telah melanggar bahu seseorang yang hampir membuatnya jatuh namun sepasang tangan yang cepat menangkap badannya akibatnya dia terpeluk badan lelaki tersebut. Wajahnya tersembam di dada bidang milik lelaki tersebut. Jantung Syifa berdetak semakin kuat.
            “Awak tak apa-apa?” Satu suara yang tidak begitu asing bagi dirinya. Syifa pantas melepaskan pelukan lelaki itu, mukanya terasa panas apabila dirinya menjadi perhatian seluruh pelanggan di Café tersebut. Lama lelaki tersebut merenung Syifa.
            Mulutnya seakan terkunci untuk menjawab pertanyaan tersebut. Dia masih tidak berani memandang wajah lelaki dihadapnnya itu. Kakinya pun seakan terkunci untuk berlalu dari situ.
            “Syifa, awak Syifa Imani kan?” soal lelaki tersebut membuatkan Syifa terkejut besar, tidak disangkahnya setelah sepuluh tahun berlalu lelaki tersebut masih mengenalinya.
            Dia pantas berlalu pergi tanpa mempedulikan panggilan dari lelaki tersebut yang masih memanggil-manggil dirinya. Sebolehnya dia ingin cepat pergi dari situ. Akhirnya di dalam kereta, air mata Syifa mengalir juga. Rasa sakit hatinya masih terasa, seakan peristiwa sepuluh tahun yang lalu masih bermain di fikirannya.

Sepuluh tahun yang lalu…
            “Syifa, pinjam handphone kejap.” Ujar Amni dengan senyuman yang penuh makna.
            “Buat apa?” soalku dengan curiga.
            “Pinjam jak lah.” Telefonku kini bertukar milik. Entah apa yang di tekan-tekan Amni itu, senyuman tak pernah lekang dari bibirnya.
            “Nah ambillah.” Cepat sahaja Syifa mengambil telefon tersebut di tangan Amni.
            “Oh my God, kau biar betul Amni ini…” sudah tidak terkata-kata Syifa. Amni angguk dengan bangga.
            “Oh I love you.”
            “Dan kalau kau nak tau, hari ni ulang tahun dia tau so sempena hari ulang tahun dia aku bagilah nombor dia kat kau sebagai hadiah.” Aik dia ulang tahun aku pla dapat hadiah.
            “Betulkah? Tapi dari mana kau dapat nombor dia dan tau hari ni ulang tahun dia?”
            “Pasal tu, kau jangan tanya yang penting kau kena telefon dia luahkan perasaan sebenar kau kat dia. Aku sebagai kawan baik kau ni terseksa tengok kawan aku sorang ni menderita bila cinta dia sejak tingkatan tiga lagi tu tak terbalas.”
            Aku terus memeluk Amni dengan erat.
            Petang itu aku beranikan diri untuk mengirim ucapan selamat ulang tahun kepada dirinya melalui SMS. Baru hantar SMS, jantung aku dah rasa nak gugur.
            Salam. Awak yang bernama Mohd. Haris Rizqan. Happy birthday yang ke-17 tahun.           Semoga             awak sentiasa di rahmati Allah S.W.T selalu. Saya berdoa semoga bibir awak sentiasa         tersenyum bahagia dan segala kesedihan akan hilang dari wajah awak. BE HAPPY ^_^
            Lama aku menunggu balasan SMSnya sampaikan setiap kali SMS yang masuk aku rasa berdebar-debar nak buka alih-alih SMS dari Amni yang sibuk mengetahui perkembangan aku. Mungkin dia ni jenis yang tak melayan nombor baru. Teras hampa hati ini. Namun tepat jam tujuh malam akhirnya SMS yang aku tunggu dari siang tadi terbalas juga apalagi melebar senyuman aku.
            Walaikumsalam.terima kasih untuk ucapannya. Dah lama orang tak wish birthday saya.                              Btw, boleh saya tau ini siapa?
            p/s: tadi main bola, so lmbt sikit bls sms awak..sorry L
            Aku tergelak. Ahai, terasa bahagia pula. Tapii..soalan dia tu, eik takkan aku nak mengaku siapa diri aku kan.
            Saya takut awak akan marah kalau tau siapa diri saya.
            Dia membalas lagi, mak aii cepatnya.
            Kenapa awak ni Salairmoon ke? saya tak akan marahlah lainlah kalau awak nak    kenakan saya.
            Aku tergelak lagi membaca SMSnya, pandai buat lawak juga dia ni.
            Cukuplah kalau awak mengenali saya dengan nama S.I saya takda pun niat nak      kenakan awak,             cuma saya nak berkenalan dengan awak dan saya ikhlas nak kawan dengan awak.
            Lama aku menunggu balasan SMS darinya sehinggalah aku terlelap. Jam satu pagi automatik aku terbangun cepat-cepat aku memeriksa telefon bimbitku takut sekiranya SMSku sudah dibalas namun hampa , tiada SMS baru diterima. Dengan langkah lemah gemalai aku pun melangkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhuk bagi mengerjakan solah sunat Tahajjut, solat yang aku amalkan sejak tingkatan tiga lagi.

            Keesokannya aku mencuba SMS dirinya lagi memandangkan hari ini adalah hari sabtu.
            Salam. Maaf kalau saya dah buat awak marah *susun tapak tangan*. Saya bukan taknak mengaku siapa diri saya cuma saya takut kalau awak tau siapa diri saya awak akan       kecewa             nanti.
            SMS baru masuk.
            Walaikumsalam. Kenapa awak cakap macam tu? Awak ingat saya ni pentingkan rupa sangat ke     kalau nak berkawan dengan orang. Saya akan  kecewa? *muka pelik* taklah, lainlah kalau awak       calon isteri saya mungkin saya akan pertimbangkan haha gurau jak.
            Lega hatiku membaca balasan SMS dari dirinya, calon isteri mak aii mudah-mudahan masin mulut dia. Aku tersengih-sengih sendiri. Sejak dari hari itu mulalah perbualan kami hanya melalui SMS sahaja. Aku bersyukur dia tidak lagi memaksa untuk mengetahui siapa diriku. Setiap hari ada sahaja perbualan kami yang hendak dijadikan topik. Bahagia mula menyinari hidupku.
            Malam itu Syira mendekati diriku.      
            “Kak, Syira taknak akak kecewa nanti? Baik kakak luahkan  akak dekat dia. Walaupun dia akan tolak akak sekurang-sekurangnya akak dah bagitau kat peasaan sebenar akak.” Lama aku memikir kata-kata adikku itu. Memang selama ini dia yang mendengar segala ceritaku mengenai Mr. Apple a.k.a Mohd Haris Rizqan.
            Selesai sahaja aku menunaikan solat sunat Tahajjud, aku pun memberanikan diri untuk meluahkan perasaanku.
            Salam. Saya minta maaf kalau saya dah ganggu tidur awak.Tiba-tiba saya terfikir benda     ni,        rasanya saya dah tak sanggup lagi pendam perasaan ini. Sebenarnya saya nak bagitau awak          sesuatu bahawa saya, Syifa Imani binti Mahmud dari  kelas 5 Perdagangan sukakan awak,            Mohd Haris Rizqan bin Aziz sejak saya tingkatan 3 lagi sehinggalah sekarang. Lepas ni, kalau          awak nak padam msg ni saya ataupun nak benci saya, saya tak kisah yang penting awak dah            tau perasaan saya. Wassalam.

            Pagi itu seribu perasaan bermain di fikiranku, apa agaknya reaksi dari dirinya? Apakah dia akan marah ataupun membenci diriku. Perlahan aku melangkah masuk ke dalam kelas namun aku merasakan satu pandangan yang aneh dari rakan-rakan sekelasku. Kelihatan mereka berbisik-bisik jugak sambil memandangku.
            “Syifa apa yang kau dah buat semalam?” soal Amni dengan cemas.
            “Buat apa? tak ada.” Kenapa aku merasakan sesuatu yang tidak kena ni.
            “Baca ni.” Amni menunjukkan skrin telefon bimbitnya. Besar mataku terus membaca isi SMS tersebut automatik aku terduduk di kerusi seolah tiada tenaga untuk bangkit kembali.
            “Ni SMS pengakuan aku. Macam mana ada kat telefon kau?” soalku dengan cemas, kelopak mataku terasa panas.
            “Pagi ni tiba-tiba aku dapat SMS dari nombor yang tak dikenali. Mula-mula aku ingat ada orang yang nak kenakan kau tapi dia siap bagi nombor telefon kau lagi kat bawah msg ni jadi ni memang msg kau tapi dah kena forward. Lepas tu satu kelas kita dapat msg yang sama. Syifa macam mana benda ni boleh terjadi?”
            Air mata Syifa mengalir dengan laju. Fikirannya benar-benar mati untuk berfikir. Sampai hati awak Rizqan, awak sebar msg pengakuan saya tu.

            Ketika Amni dan Syifa beratur di kantin, dia dapat mendengar beberapa kelompok pelajar sedang memperkatakan dirinya..
            “Oh sweetnya msg tu. Saya, Syifa Imani binti Mahmud sukakan awak Mohd Haris Rizqan sejak tingkatan tiga lagi sehinggalah sekarang. Ckckck, tapi sayang lelaki tu tak terima dia sebab dia tu hodoh. Tak sedar diri betul.” Terasa menusuk sekali kata-kata perempuan tersebut.
            “Buhhhh!!”
            Syifa tidak dapat menahan dirinya lagi, dia pun melarikan diri dari situ namun langkahnya terhenti apabila melihat Mohd Haris Rizqan berada tidak jauh dihadapnya. Syifa memberanikan diri mendekati jejaka tersebut.
            “Terima kasih dengan apa yang awak dah buat.” Dengan air mata yang mengalir, Syifa menatap tajam jejaka yang berada di hadapannya itu. Setelah itu dia terus berlari dari situ dan di ikuti Amni.
******************
            “Dessy mulai hari ini saya taknak tengok lagi bun keju tu ada kat atas meja kopi saya, faham! Buang semua bun ni.”
            “Tapi Cik..”
            “Awak ada masalah dengan arahan saya.” Syifa menatap tajam setiausahanya itu membuatkan Dessy kecut perut. Sepanjang bekerja dengan bosnya itu, tidak pernah bosnya menatapnya dengan pandangan seperti itu. Dessy geleng kepala dan segera mengambil semula bun tersebut. Apa kaitan bos aku dengan tauke  Café tu, macam ada yang tak kena jak ni.
            Cukup dengan melihat bun itu saja sudah cukup membakar hati Syifa. Syifa mendengus dengan kasar, perasaan bencinya masih meluap-luap dengan lelaki tersebut.  Telefonnya beriraman.
            “Hello, siapa ni?” soal Syifa.
            “Syifa, ini Rizqan?”
            Syifa terdiam  sebaik sahaja mendengar nama lelaki tersebut.
            “Dari mana awak dapat nombor saya ni?”
            “Itu tak penting. Awak masih ingat saya?” soalnya lagi.
            Syifa ketawa kecil “Ingat? sudah tentu aku ingat kau, orang yang dah buat aku malu satu sekolah. Buat maruah aku tercalar. “
            “Syifa saya minta maaf dan saya nak sangat-sangat jumpa awak.”
            Syifa ketawa lagi sengaja hendak menyakitkan hati Rizqan. “Maaf kau kata, kau ingat kata maaf kau boleh kembalikan maruah aku, boleh betulkan cerita yang dah terjadi. Kau ingat ni sampai mati, sampai bila-bila aku takkan maafkan kau dan tannak jumpa kau lagi!” Syifa menjerit lalu membaling telefon bimbitnya ke dinding cuba melempiaskan marahnya. Dia terduduk di bawah mejanya. Di situ dia menangis teresak-esak. Kenapa kau muncul lagi? Tak cukupkah apa yang kau dah buat dekat aku sepuluh tahun yang lepas.
            Dessy terus menerpa masuk setelah mendengar suara jeritan majikannya. Dia terus mendapatkan majikannya itu.
            “Cik Syifa kenapa ni?” soalnya dengan risau.
            “Des..Dessy..” Tersedu-sedu Syifa menahan tangisannya, lalu dia memeluk erat setiausahanya itu.
***********************
            Ketika Syifa hendak melangkah menuju ke tempat parking keretanya, sebuah kereta Audi R8 berwarna merah berhenti dihadapannya. Keluar Rizqan dari kereta tersebut dan terus menarik tangan Syifa untuk masuk ke dalam keretanya dengan cara paksaan. Syifa yang tidak sempat berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.
            “Kau ni kenapa? Dah gila. Baik kau berhentikan kereta ni sekarang kalau tak aku jerit nanti.” Syifa sudah melenting.
            Rizqan tidak mempedulikan ugutan Syifa tersebut sebaliknya hanya fokus dengan pemanduannya. Rizqan memecut keretanya dengan laju. Dia tiada cara lain lagi untuk berjumpa dengan gadis tersebut walaupun dengan cara paksaan.
            “Kau dengar tak ni?” jerit Syifa. Syifa menjadi cemas, apabila melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita dan agak lengang.
            “Riz, kau nak bawa aku pergi mana ni? tolonglah Riz jangan buat aku macam ni.” Syifa berusaha memujuk Rizqan yang kelihat sangat serius ketika itu. Air matanya sudah mengalir kerana terlalu takut.
            Mendengar esakan Syifa itu, Rizqan terus memberhentikan keretanya. Jiwanya terusik melihat air mata Syifa.
            “Riz, tak cukupkah kau dah buat hidup aku menderita sepuluh tahun yang lepas. Tolonglah, hentikan semua ni, hantar aku balik.” Pujuk Syifa lagi.
            Rizqan menatap wajah Syifa yang sudah berjujuran air mata itu. Sungguh, ingin sahaja dia memeluk gadis itu kerana dia terlalu merindukan gadis itu. Hampir sahaja dia tidak mengenali Syifa sewaktu mereka bertemu buat kali pertama setelah sepuluh tahun berlalu, kerana gadis itu telah banyak mengalami perubahan terutama dari segi penampilan. Penampilannya lebih moden dan elegan, tiada lagi wajah ayunya sewaktu sekolah dahulu. Dia kini lebih cantik.
            “Maaf Syifa, aku takda pilihan lain.” Ketika itu juga Rizqan terus menekup mulut dan hidung Syifa menggunakan sapu tangan yang sudah dibubuh dengan ubat.
            Syifa meronta-ronta dan akhirnya dia terkulai lemah tidak sedarkan diri.
****************
            Perlahan-lahan Syifa membuka kelopak matanya, kepalanya terasa berat. dia memandang keadaan sekelilingnya sepertinya dia berada di sebuah bilik. Syifa mendapati tubuhnya terbalut dengan selimut tebal, dia mengintai perlahan tubuhnya di sebalik selimut itu. Ya Allah, tiada seurat benang pun di tubuhnya. Setompok darah pekat merah terdapat di cadar katil tersebut. Terasa sesak nafasnya saat itu, air mata Syifa sudah berjujuran. Dia bingung sendiri dan dia baru perasaan seseorang sedang tidur meniarap di sebelahnya tanpa mengenakan pakaian juga. Rizqan! Takkan dia…
            “Setan kau! Apa kau dah buat dengan aku?” Syifa sudah menumbuk-numbuk Rizqan yang terus membuatkan Rizqan tersedar dan cepat-cepat menangkap kedua pergelangan tangan Syifa yang sudah mengamuk sakan itu.
            “Syifa, aku sayangkan kau. Aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat ni?”
            “Jangan nak bermimpi. Aku tak hingin dan taknak, aku benci kau!” Syifa merasa dirinya sangat kotor saat itu. Terbayang wajah ibu dan ayah di benak fikirannya. Mak, ayah..maafkan syifa yang tak pandai jaga diri.
            “Syifa saya janji akan jaga dan sayang awak sampai hujung nyawa saya. Saya akan bertanggungjawab dengan semua ni. Tolong terima saya sebagai suami awak.” Pujuk Rizqan lagi.
            Syifa menangis dengan kuatnya. Kini dia adakah mawar yang pudar warnanya.
*************************
            “Aku terima nikahnya, Syifa Imani binti Mahmud dengan mas kahwin seperangkat alat solat.Sah!” Ucap Rizqan dengan sekali lafaz. Para tetamu yang berada di situ turut menyatakan sah dan setelah itu doa pun di baca oleh imam. Kini sahlah dia menjadi isteri Mohd. Haris Rizqan. Air matanya mengalir bukan kerana gembira melainkan sedih.  Dia tidak berani membuka mulut untuk menceritakan cerita yang memalukan itu kepada siapa-siapa. Rizqan sudah berada dihadapannya dan bersiap untuk menyarung cincin di jari manisnya.
            “Salam tangan suami tu Syifa.” Arah ibunya yang sedari tadi duduk di sebelah Syifa.
            Dengan terpaksa Syifa menyalami tangan suaminya itu dan sebuah kucupan di berikan Rizqan di dahinya. Terasa hendak mengesat dahinya itu dengan secepatnya, jijik!
*****************************
            “Sayang dah solat isyak. Mari kita solat sama-sama.” Pinta Rizqan ketika melangkah masuk ke dalam bilik pengantin mereka.
            “Hati setan macam awak ni pun pandai solat juga. Apa awak panggil saya, sayang. Eh tolonglah nak termuntah saya.” Syifa tersenyum senget. Masih dijaga suaranya agar ibu dan ayahnya tidak mendengar.
            Terasa pedih hati Rizqan mendengarnya namun disabarkan juga hatinya.
            “Syifa jangan melampau kalau tak..”
            “Kalau taka pa? kau nak ceraikan aku. Cerailah, aku tak heran pun.”
            Rizqan beristiqfar dalam hati.
            “Boleh tak awak lupakan apa yang dah berlaku dan kita mulakan hidup baru.”
            “Dalam mimpi! Sampai bila-bila saya takkan lupakan apa yang awak dah buat dengan saya.” Syifa bercadang hendak keluar namun ditahan Rizqan.
            “Kau jangan nak sentuh aku setan.”
            “Syifa jangan nak melampau, abang masih ada hak dengan Syifa.” Syifa telan liur apabila suaminya makin merapat dan Syifa terus mengundur. Langkah Syifa terhenti apabila suaminya itu sudah memerangkap dirinya didinding. Renungan redup itu menikam jantungnya. Syifa semakin tidak menentu.  Pandangan itu sama seperti sepuluh tahun yang lalu, pandangan yang boleh membuatnya tidak menentu.
            “Abang akan pastikan Syifa jatuh cinta dengan abang lagi. Dah lupa, Syifa pernah sukakan abang dulu.”  Rizqan tersenyum penuh yakin,
            “Dulu mungkin iyah, sekarang yang ada hanya penuh kebencian. Saya benci awak.” Air mata Syifa mengalir lagi. Cepat-cepat dia berlalu dari situ. Rizqan hanya mampu memandang kosong. Seribu penyesalan menghujani dirinya, kalaulah dia tidak terburu-buru untuk memiliki gadis tersebut pasti gadis itu tidak akan membencinya seperti itu.
**************************
            Setelah memberitahukan kepada kedua orang tuanya, Syifa pun memulakan untuk  mengemas apa yang patut untuk dibawa kembali ke rumah sewanya.
            “kakak.” Sapa Syira, satu-satunya adik yang dia ada kerana mereka cuma berdua adik-beradik. Syira memeluknya dari belakang. “Lepas ni mesti Syira dah tak boleh jumpa akak selalu kan.”
            “kenapa pula tak boleh? Akak cuma ada Syira, abah dan ummi  jak kat dunia ni.”
            “Umm akak lupa ya, suami akak a.k.a cinta pertama akak dari sekolah lagi.”
            Suami ? aku tak anggap pun namun aku sekadar tersenyum tawar.
            “Akak janganlah sedih-sedih, lepas ni kalau akak ada apa-apa story mory nak share kita skype ajalah sebab suami akak nanti jealous pula.” Adik sudah ketawa tersengih-sengih. Kini dia mengubah posisi  dan berbaring di ribaku, adik sememangnya agak manja dengan diriku.
            “Bestnya akak, dapat kahwin dengan cinta pertama.” Entah kenapa saat adik mengucapkan itu, air mataku mengalir perlahan, saat ini aku merasa sangat sebak. Kalaulah, aku tidak jatuh cinta padanya dulu mungkin takdir hidupku tidak akan seperti ini. Perasaan sayang yang aku ada dulu hanyalah penuh kebencian sahaja.
            Adik duduk pula, “Akak kenapa ni, ceritalah kat adik apa masalah akak.” Aku tidak berkata sebaliknya hanya memeluk adik dengan erat. Syira mengusap perlahan belakang badan akaknya dengan kebingungan. Sejak majlis pernikahan kakaknya, kakaknya itu terlihat pendiam. Sedangkan dia tahu kakaknya adalah seorang yang ceria. Saat itu dia melihat abang iparnya berdiri di pintu mememerhati tingkah laku mereka. Rizqan memberikan isyarat agar adik iparnya tidak bersuara agar kehadirannya di situ tidak diketahui isterinya.
***********************
            Setelah dua minggu bercuti dari majlis pernikahannya, semua kerja Syifa terbengkalai di pejabat. Syifa mengurut-ngurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Ikut hatinya dia seakan tidak ingin mnenghadari mesyuarat pagi itu namun mengingat jawatannya sebagai ketua di syarikat abahnya sendiri , akhirnya Syifa pergi juga.
            Selesai sahaja mesyuarat, Syifa terus  terbaring di sofa yang berada di biliknya itu. Sejak mesyuarat tadi dia cuba menahan-nahan sakit kepalanya. Migraine, tolong jangan datang sekarang. Syifa berdoa dalam hatinya. Kepalanya benar-benar terasa sakit. Lengannya di letakkan di matanya, cuba melindunginya matanya dari silauan lampu tersebut.
            Dessy masuk ke dalam bilik majikannya itu setelah menerima arahan dari ketuanya agar membawakan dia sebiji panadol dan segelas air.
            “Puan, ini ubatnya.” Syifa menyambut huluran setiausahanya itu.
            “Puan ok, saya tengok muka puan pucat sangat.” Syifa sekadar mengangguk dan kembali berbaring seperti tadi.
            “Dessy tolong cancel apa-apa meeting saya lepas ni. saya tak larat sangat nak bangun, tolong jangan benarkan sesiapa ganggu saya, saya nak tidur kejap.”
            Dessy faham akan arahan ketuanya itu. Tiba-tiba telefon bimbit ketuanya berbunyi. Dessy serba salah hendak mengangkat kerana bosnya baru sahaja memberi  arahan.
            “Tolong jawabkan panggilan itu untuk saya.” Syifa bersuara namun masih dengan posisi tadi.
            “Hello..Maaf saya setiausaha puan Syifa. Puan pesan, dia taknak diganggu saat ini sebab dia kurang sihat..” talian sudah dimatikan. Pelik.
            “Dessy siapa call tadi?”
            “Saya tak tahu pula puan. Nama pemanggil tak ada.”
            “Tak apalah. Awak boleh keluar sekarang.”
            Dessy pun menghilang dari ruangan tersebut.

            Perlahan-lahan Syifa membuka kelopak matanya apabila merasakan sebuah kucupan di dahinya.
            “Abang hantar awak pulang ok, muka sayang pucat sangat abang tengok.”
            Rizqan! Dia buat apa kat sini? Takkan dia yang buat panggilan tadi.
            “Puan saya rasa betul cakap suami puan, lebih baik puan berehat kat rumah.” Kelihatan Dessy berdiri  tidak jauh darinya.
            Syifa sekadar mengangguk, malas hendak membantah. Manakala Rizqan tersenyum melihat keakuran isterinya itu.
            Perlahan Rizqan mencempung tubuh isterinya itu dan tanpa suara Syifa sekadar berdiam dan mukanya terus disembamkan di dada bidang suaminya itu.
*************************
            “Kita ke klinik ok.” Rizqan kerling seketika Syifa yang berada disebelah itu dan kembali memandang semula kedepan.
            Syifa geleng kepala. “Saya nak rehat kat rumah jak.” Terasa bergetar suaranya saat itu cuba menahan sakit kepalanya yang semakin kuat berdenyut-denyut. Matanya masih terpejam rapat dan kelihat keningnya berkerut. Perlahan air matanya sudah mengalir.
            Rizqan terus memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebaik sahaja melihat air mata isterinya. Hatinya menjadi cemas. Perlahan air mata itu disapunya. Syifa terasa tiada tenaga hendak mencegah jari itu dari menyentuh mukanya sebaliknya dia terasa lega apabila jari-jemari  itu sudah memicit lembut kepalanya.
            “Saya dah ok, teruskan perjalanan saja.” Hati Rizqan kembali tenang dan dia kembali meneruskan pemanduannya.
*************************
            Perlahan Syifa membuka kelopak matanya. Kepalanya sudah terasa ringan, seolah migraine yang menyerang tadi sekadar mimpi buruk. Apabila pandangan Syifa sudah jelas, perkara dia nampak pertama adalah wajah suaminya yang sudah tidur nyenyak menyandar di kepala katil. Rupanya sedari tadi dia lena tertidur di riba suaminya. Perlahan Syifa bangkit dari tidurnya, takut sekiranya Rizqan terjaga. Kelihatan suaminya masih memakai  pakaian kerjanya.
            Syifa menatap penuh minat wajah suaminya yang bersimbahkan cahaya dari lampu di tepi katil itu. Entah kenapa saat jiwanya terusik dengan keprihatin dari suaminya itu. Kenapa dia baik sangat dengan aku, sedangkan selama ni macam-macam dah benda aku buat supaya dia lepaskan aku. Jahat sangatkah aku ni? kenapa aku masih tak boleh maafkan dia? Tanpa sedar air mata Syifa gugur satu persatu.
            Rizqan terjaga apabila mendengar bunyi esakan.
            “Masih sakit ya?” Lembut sahaja suara Rizqan. Syifa sekadar menggeleng. Kepalanya ditundukkan tidak kuat untuk menatap pandangan suaminya.
            “Sayang cakaplah sesuatu, abang risaulah.”
            “Kenapa awak masih layan saya dengan baik? Adakah sebab awak kasihan dengan saya atas kejadian sepuluh tahun yang lepas.”
            “Syifa, saya dah katakana saya taknak kita ungkit apa yang dah terjadi. Kita mulakan hidup yang baru ok.”
            Syifa sekadar tersenyum senget. Air matanya pantas dikesat, kenapalah dia boleh berlembut hati dengan lelaki di hadapannya ini dengan hanya sedikit keprihainannya itu. Hampir sahaja dia tewas dengan perasaannya.
            “Tidak, sampai bila-bila saya takkan lupakan apa yang awak dah buat dengan saya. By the way, terima kasih untuk hari ini.” Syifa pantas berlalu dari situ. Sepuluh tahun yang lalu, sejak peristiwa itu Syifa sering dijadikan bahan ejekan rakan-rakannya di dalam kelas bahkan satu sekolah seakan menghukum dirinya.  Sesetengah guru-guru sering menyindirnya di dalam kelas kerana berita tersebut turut tersebar di kalangan guru-guru. Keluarga dan Amni yang sering menaikkan semangat Syifa yang seolah-olah sudah terkubur itu. Peristiwa itu juga membuatkan Syifa lebih pendiam dan menyendiri dan kesempatan itu membuatkan lebih tekun belajar sehinggalah Syifa mendapat keputusan SPM sangat cemerlang.
            Syifa pun mengambil keputusan meninggalkan bumi Malaysia selama 6 tahun untuk melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat. 6 tahun itu jugalah dia membawa dirinya ke Negara orang sebagai tanda membawa lara di hatinya, dia ingin melupakan apa yang telah terjadi selama ini paling penting melupakan Mohd. Haris Rizqan dalam hidupnya. Usaha melupakan lelaki tersebut selama sepuluh tahun ternyata sia-sia kerana lelaki itu jugalah yang menjadi suaminya.
*********************
            “Maaf puan saya dah cuba halang dia untuk masuk?”
            Syifa mengangkat mukanya. Hatinya bengang melihat seorang perempuan berjilbab dan berkaca mata hitam sedang berpeluk tubuh memandangnya dengan pandangan sombong, nampak elegen tapi sayang tak tahu tata tertib main serbuh jak. Syifa pantas mengangkat jarinya tanda membiarkan sahaja. Dessy yang mengerti pantas keluar dari bilik majikannya itu.
            “Well, saya tak tahu niat awak bertemu dengan saya tanpa temu janji terlebih dahulu. Please, have are seat.” Pelawa Syifa, namun wanita dihadapannya itu sekadar bercekak pinggan. Kening Syifa berkerut.
            “Syifa, I miss u so much”  Wanita itu memeluk Syifa dengan erat. Syifa meleraikan pelukan tersebut kerana masih bingung.
            “Amni!” Syifa menjerit sebaik sahaja melihat Amni membuka kaca matanya. Air matanya sudah bergenang. Dia terlalu gembira bertemu kawan baiknya itu, sejak melanjutkan pelajar di luar negara Syifa lost contact dengan kawan baiknya itu.
            Amni turut menangis. Gembiranya bukan kepalang, nasib baik dia bertemu dengan adik Syifa ketika Amni menghantar anak pertamanyanya ke nursery  dan kebetulan adik Syifa merupakan pemilik nursery terseut. Di situlah, Syira menceritanya segala-galanya.
*****************
            “Sampai hati kau tak pernah cari aku selama sepuluh tahun ni?” Rajuk Syifa ketika mereka berada di sebuah restoran tersebut.
            “Aku bukan tak cari kau, dah cuba tapi sayang kamu sekeluarga dah pindah. Masa kau study kat oversea aku pula study di Malaysia ni ambil course akaun. Seterusnya, dapat kerja kat bank dan bertemu jodoh dengan ketua aku sendiri hehe, alhamdulillah dah tiga tahun perkahwinan kami dan dikurniakan dua orang anak lelaki.” Jelas terpancar kebahagiannya di wajah Amni. Syifa tumpang gembira.
            “Eh betulkah, kau kahwin dengan Rizqan? Aku macam tak percaya kau kahwin dengan dia. Macam mana kau boleh jumpa semula dengan dia? Ceritalah kat aku.” Soal Amni bagai tidak sabar almaklum sepuluh tahun tidak berjumpa, terlalu banyak kejadian yang berlaku.
            Syifa melepaskan satu keluhan dengan berat, sukar untuk menceritakan kepada Amni. Amni mengambil posisi di sebelah Syifa, tangan Syifa digenggam dengan erat. Syifa pun menceritakan segala-galanya.
            “Jujur Amni, aku terlalu bencikan dia dan masih tak boleh terima dia dah jadi suami aku.”
            “Sabar Syifa, semua ni dah ketentuan Ilahi. Kau dah lupa, jodoh di tangan Tuhan, Dia dah tentukan segala-galanya dan kau kena terima dengan hati yang terbuka. Syifa aku sayangkan kau, dan aku nak sangat tengok kau bahagia. Sampai bila kau nak hidup dalam kebencian, lupakan dendam kau, bukak pintu hati untuk dia In shaa Allah kau akan nampak manisnya perkahwinan kau ni. Aku tau kau boleh lakukan.” Amni mengusap lembut rambut Syifa yang sudah teresak-esak itu.

************************
            “Alamak, taknak hidup pula kereta ni?” Syifa menendang tayar keretanya.
            “Ouhh!” Syifa terasa hujung jari kakinya itu berdenyut-denyut, dah tau benda tu keras nak juga tendang. Syifa memarahi dirinya sendiri. Jam di tangannya menunjukkan pukul sebelas malam. Syifa melilau keadaan sekeliling jalan raya tersebut yang lengang tanpa kenderaan, hati Syifa menjadi risau. Syifa sering menggunakan jalan raya tersebut untuk pulang kerumahnya memandangkan ianya lebih cepat walaupun tidak banyak kereta yang lalu di situ kerana sering dikatakan jalan tersebut keras sedikit.
            Syifa masuk semula ke dalam keretanya apabila terasa bulu romanya merembang sehingga ke pangkal tengkuk. Syifa terasa hendak menangis. Telefon pantas di keluarkan dan mendail nombor seseorang.
            “Awak kat mana? Saya takutlah?” Syifa sudah menangis, dia tidak mempedulikan lagi egonya.
            “Err, ni Puan Syifa ke? handphone  bos tinggal kat Café ni.” Syifa menjadi bengang, takkanlah saat-saat macam ni dia buat hal pula. Syifa terus mematikan telefonnya kerana merasa geram. Dalam hati Syifa tidak putus-putus berdoa semoga Allah menyelamatkan dirinya.
            Tok! Tok!
            Kelihatan dua orang lelaki berada di bahagian cermin keretanya.
            “Cik ada masalah, saya boleh tolong?” tawar seorang dari lelaki tersebut. Hati Syifa menjadi curiga. Syifa pantas menggeleng kepalanya.
            “Cik jangan takut, saya orang baik. Saya cuma nak tolong cik.” Tokok seorang temannya itu lagi. Ceh, orang baik takkan pernah mengaku dia orang baiklah. Semua tu kita boleh nampak kat muka dia. Saat ni, Syifa teringat akan Rizqan, walaupun jelas terpancar keikhlasan di mukanya namun Syifa tetap menidakkan kehadiran lelaki tersebut sebagai suaminya. Badan Syifa sudah mengigil kerana ketakutan.
            “Cik janganlah degil.” Lelaki tersebut sudah menunjukkan belangnya apabla melihat keengganan Syifa.
            “Eh aku kata taknak, taknaklah. Pergi sebelum aku call polis.” Syifa pula menengking.
            Dua orang lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak. “Eh mat, kau pecahkan cermin kereta tu.” Arah rakannya. Jantung Syifa berdegup dengan kuat.
            Kedengaran kaca dari cermin sebelah pemandu Syifa sudah terpecah, Syifa menjerit ketakutan. Darah mengalir dari pipinya kerana sebahagian serpihan kaca tersebut telah mengenai pipinya. Entah dari mana Syifa mendapat kekuatan ketika itu juga dia mengeluarkan minyak wangi dari begnya dan menyembur di mata lelaki yang cuba membuka pintu dari sebelah pemanduannya. Lelaki tersebut menjerit kesakitan dan sudah berguling-guling di jalan raya. Kesempatan itu Syifa membuka pintunya apabila melihat seorang rakannya mendapatkan lagi temannya yang kesakitan itu. Syifa berlari dengan hanya berkaki ayam, tidak mungkinlah dia hendak berlari dengan high heelsnya yang setinggi tujuh inci itu. Namun pergerakan Syifa seakan terganggu dek kerana skritnya yang agak sendat itu. Syifa tidak mempedulikan lagi kesakitan yang dirasakan di kakinya saat itu. Air matanya mengalir lebih laju.
            Ternyata seorang lagi temannya itu sedang mengejar Syifa.
            Prakk! Baju blouse Syifa terkoyak di bahagian bahunya sehingga menampakkan bahagian pakaian dalamnya. Secepat itu itu lengan Syifa disambar dengan kuat dan sebuah penampar dihadiahkan kepada Syifa menyebabkan dia sudah terbaring di jalan raya. Syifa menjerit lagi.
            “Jeritlah, tak siapa akan dengar hahahahah.” Matanya tak lekang memandang dada yang sudah terdedah itu. Nafsu syaitan mulai menguasai hati hitamnya. Dia pantas duduk dia atas badan Syifa dan tak cukup dengan itu skrit Syifa turut dikoyakkan menampakkan lagi pahanya yang gebu itu.
            “Abangggg!!!!!” Saat ini, suaminya yang terlintas di kepalanya.
            Satu tendangan tepat mengenai kepala lelaki tersebut menyebabkan dia terpelanting ke tepi.
            Rizqan mendapatkan isterinya yang lemah terbaring di jalan raya itu. Mujur dia sempat tiba. Kalaulah dia tidak berpatah balik semula ke Café tadi untuk mengambil telefonnya yang tertinggal mungkin dia tidak mengetahui Syifa memerlukan dirinya. Baju kemejanya dilepas dengan kasar sehingga tercabut butang bajunya, dia ingin secepatnya membalut tubuh isterinya yang sudah terdedah itu dari pandangan lelaki durjana tersebut.
            Syifa sudah menangis tersedu-sedu dalam pelukan Rizqan, dia terasa begitu selamat dalam pelukan lelaki tersebut.
            “Maafkan abang, Syifa.”
            “Oh mat Romeo datang nak selamatkan Juliet.” Ternyata lelaki durjana tersebut masih kuat untuk berdiri.
            “Dia bukan mat Romeo, dia suami saya.” Syifa bersuara lantang. Rizqan memandang Syifa dalam pelukannya itu dengan senyuman yang melebar.
            “Oh suami kau. Eh bro kau dah ‘rasa’ isteri kau ni, bagilah aku juga ‘rasa’ jangan tamak sangat. Pehh paha isteri kau tu gebu bro terliur aku.”
            “Damn you!” sebuah tumbukan tepat mengenai pipi lelaki tersebut. Sekali lagi dia terpelanting terbaring di jalan raya. Bertalu-talu Rizqan menghadiahkan tumbukan di muka lelaki tersebut sehingga dia tidak berdaya lagi.
            Siren polis kedengaran menghampiri mereka. Rizqan pantas mendapatkan Syifa yang masih terduduk itu.
            Dua anggota polis keluar dari kenderaan tersebut. Rizqan pantas mendapatkan dua anggota polis tersebut dan menceritakan apa yang terjadi. Dia bersyukur kerana kebetulan anggota polis tersebut membuat rondaan di kawasan tersebut yang sememang terkenal dengan kes samun dan rompak. Selepas memberikan keterangan di balai polis, akhirnya Syifa dan Rizqan pun pulang ke rumah. Dua perompak tersbebut di tahan di balai atas cubaan merompak dan merogol.
            “Syifa yakin taknak pergi klinik?” soal Rizqan ketika mereka sudah berada di rumah. Syifa geleng, dia sememangnya tidak suka dengan bau klinik ataupun hospital yang akan membuatnya pening.
            Rizqan pantas mendapat peti kecemasan dan  bersedia membersihkan luka di pipi Syifa yang tergores dan bibir Syifa yang agak lebam itu. Syifa pandang dengan penuh minat muka suaminya yang kusyuk membersihkan luka di pipinya itu. kata-kata Amni tempoh hari menusuk di kalbunya. Air matanya tiba-tiba mengalir, dia merasa sangat berdosa ketika itu mungkin ini adalah balasan dari Tuhan ke atas dirinya yang tidak mentaati suaminya selama ini.
            “Abang minta maaf, sakit sangat kah?” Syifa geleng kepala lagi, kali ini dia sudah teresak-esak. Rizqan menjadi khuatir, mungkin isterinya masih trauma dengan peristiwa tadi. Air mata Syifa di kesat dengan lembut.
            “Syifa..Syi..fa..nak minta maaf. Syifa banyak sakitkan hati awak. Syifa berdosa dengan awak. Mungkin ini balasan dari Tuhan untuk Syi…”
            “Syyyhhh, abang tak pernah ambil hati dengan semua tu. Apapun terjadi abang selalu maafkan Syifa. Sebuah kucupan singgah di dahi Syifa dan Rizqan memeluk erat Syifa erat. Mungkin ada hikmah dengan kajadian yang berlaku tadi.
**************************
            Perlahan Syifa membuka kelopak matanya, dia terasa sangat segar namun tiba-tiba matanya bulat apabila melihat Rizqan terbaring disebelahnya. Kepalanya di tongkat sambil merenungnya, cukup membuatkan dirinya sudah sasau.
            “Good morning my love.” Pipi Syifa merona tiba-tiba, dia menjadi malu sendiri apabila sedari tadi Rizqan merenungnya ketika tidur. Dia pantas menarik semula selimutnya dan menutup mukanya.
            “Awak buat kat sini?” soal Syifa dalam selimut. Jantungnya berdegup dengan kencang, sama seperti yang dirasakan ketika sepuluh tahun yang lalu cuma bezanya kali ini lelaki itu adalah suaminya sendiri bukan lagi secreat admirernya sejak tingkatan tiga lagi, bukan lagi Rizqan yang selalu di curi-curi pandangnya ketika di perhimpunan, di kantin bahkan ketika sengaja melewati kelas Rizqan setiap hari.
            “Sayang dah lupa, siapa minta temankan sayang tidur semalam?”
            Minda Syifa kembali mengingat peristiwa semalam.
            “Awak, boleh temankan saya tidur malam ni. Syifa takut.” Syifa menarik hujung lengan Rizqan ketika Riqan hendak meninggalkanbilik tidurnya sebaik sahaja dia selesai membersihkan luka Syifa.
            Syifa menjerit kecil dalam selimut. Dia pantas menarik selimutnya semula.
            “Semalam tak ada apa-apa berlaku kan?” Syifa merenung suaminya itu.
            “Syifa nak apa-apa berlaku ke?” soal Rizqan merenung Syifa lagi sambil menaik-naikkan keningnya.
            “Arghh benci awak.” Syifa menutup lagi mukanya, kali ini dengan tapak tangannya. Ok nampaknya degupan jantung sudah tidak menentu.
            “Syifa look at me. Abang bukan lagi Rizqan yang Syifa jadikan secreat admirer sejak tingkatan tiga lagi, bukan Rizqan yang Syifa selalu curi-curi tengok masa kat perhimpunan, masa kat kantin ataupun ketika Syifa lewat kelas abang setiap hari. Itu cerita sepuluh tahun yang lalu, sekarang ni, abang dah jadi suami Syifa. Walaupun semua tu berlalu, abang pasti perasaan malu-malu Syifa ketika memandang abang tak pernah hilang, abang sentiasa kat hati Syifa kan. Muka malu-malu Syifa tulah yang buatkan abang tambah tertarik dengan Syifa. “
            Perlahan-lahan Syifa menurunkan tapak tangannya. Dia tau semua tentang aku, dia tau aku sukakan dia dari tingkatan tiga lagi, dia perasan aku selalu curi-curi pandang dia masa kat sekolah dulu. Dia perasaan aku malu-malu bila terpandang dia.
            Kini Syifa duduk pula. “kenapa awak tak pernah bagitau saya selama ni? kenapa awak seksa perasaan saya? Kenapa awak sebarkan sms yang bagi kat awak, kenapa awak macam ni kat saya?” air mata Syifa sudah mengalir.
            Rizqan turut duduk. “Syifa, abang bukan taknak mengaku, tapi abang takut semua tu hanya perasaan kita sahaja. Dan satu kes penyebaran sms Syifa tu bukan kerja abang tapi tu kerja ex-girlfriend abang. Entah macam mana dia boleh dapat tu sms dari handphone abang. Abang cuba jumpa Syifa untuk berterus-terang tentang perasaan abang, tapi Syifa selalu mengelak dari abang. Masa Syifa hantar msg macam tu, hati abang  sangat gembira. Abang cuba cari Syifa dalam sepuluh tahun tu tapi gagal sehinggalah kita bertemu sekali lagi di Café abang. Abang gembira sangat masa tu, sampai terasa abang nak peluk Syifa tapi tak sangkah di mata Syifa masih penuh kebencian dengan abang.
            Abang pun berjanji dengan diri abang, abang takkan lepaskan Syifa lagi. Abang siasat tentang diri Syifa dan ternyata Syifa belum berpunya. Kat situ abang yakin sangat Syifa masih tak dapat lupakan abang kan. Tapi Syifa selalu mengelak dari abang sehinggalah abang terpaksa buat kerja gila, abang dah tak boleh fikir cara nak dapatkan Syifa sampai abang dah….”
            Syifa meletakkan jari telunjuknya di bibir Rizqan. Sedari tadi dia sekadar berdiam menjadi pendengar.
            “Syifa dah tau perkara sebenar, sebenarnya Syifa masih dara. Awak tak pernah pun sentuh Syifa masa kat hotel tu, awak sekadar tidur sebelah Syifa kan. Tu semua bantuan pekerja kat hotel yang awak bagi upah kan.”
            “Ah macam mana Syifa tau?”
            “Sebulan selepas perkahwinan kita Syifa period peliklah sebab kalau benda tu jadi mesti Syifa tak period kan. Syifa pun beranikan diri check kat klinik untuk memastikan Syifa masih dara ataupun tidak. Doktor sahkan Syifa masih dara. Syifa pun siasat kat tempat hotel tu sehinggalah Syifa bertemu dengan pekerja yang sama-sama berkomplot dengan abang, setelah Syifa ugut untuk laporkan kepada pihak polis dia pun membuka mulutnya dan menceritakan segalanya. Selepas tau perkara ni, Syifa tambah benci dengan awak tapi..” kata-kata Syifa tersekat di situ.
            “Tapi apa?’
            “Dia bagitau awak menangis masa tu, pekerja tu bagitau, awak terpaksa buat sebab awak sa..yangkan saya. Dia boleh nampak badan awak menggigil sebab takut. Tapi awak buat juga kan, tu namanya menipu.”
            “Syifa, abang betul-betul minta maaf dah gunakan cara yang salah untuk dapatkan awak. Abang akui abang khilaf. Kalau Syifa memang tak boleh nak terima abang, abang ikhlas relakan Syifa pergi dari hidup abang.”
            Syifa menghadiahkan tamparan di pipi Rizqan. Tercengang Rizqan.
            “Bodoh, setelah apa yang berlaku awak masih nak lepaskan saya. Saya tak benarkan. Sampai bila-bila awak kena ada di sisi saya. Sepuluh tahun saya tunggu awak Rizqan, dan sekarang awak dah jadi milik saya, jadi suami saya. Saya takkan lepaskan awak lagi.” Rizqan sudah tersenyum gembira. Melihat air mata Syifa, Rizqan turut menangis kerana terlalu gembira. Rizqan pantas memeluk erat isterinya itu. Terima kasih Ya Allah, akhirnya Engkau lembutkan hati Syifa untuk menerima hamba ini.
            “I love you, Syifa Imani.” Bisik Rizqan penuh romantik di telinga Syifa.
            Syifa sudah tersipu malu. Bahagianya tidak terkata saat ini, dia benar-benar bersyukur kehadrat Ilahi. Semoga cinta pertamanya adalah cinta terakhir dalam hidupnya juga.
            “I love u too, Mohd. Haris Rizqan.” Balas Syifa sambil tertunduk, walaupun sepuluh tahun berlalu perasaan malunya tetap tidak berubah.
            “Abang nak mulai hari ni, Syifa kena ganti ‘awak’ kepada ‘abang’ pula. Cuba, abang nak dengar.”
            Syifa menggigit bibirnya, mukanya sudah terasa panas. Syifa memandang geram suaminya, sengaja nak buat aku malu.
            “Cepatlah, kalau tak sampai bila-bila abang takkan lepaskan Syifa.” Ugut Rizqan yang masih memeluk Syifa dengan erat.
            “A..ba…ng.”
            “Lagi.” Pinta Rizqan.
            “Abang, jangan pernah tinggalkan Syifa tau.” Bisik Syifa dengan lembut memuatkan Rizqan sudah tersenyum bahagia. Ditatapnya muka Syifa yang sudah merona merah itu.
            “Err..kenapa..abang pandang Syifa macam tu?” Degupan jantung Syifa semakin kuat. Mereka saling bertatap.
            “Abang terasa bahagia sangat. Terima kasih Syifa.” Syifa menutup matanya apabila terasa kucupan di dahinya, cuba menghayati indahnya detik-detik itu. seterusnya kedua keningnya turun ke dua mata Syifa yang basah dek tangisan bahagia itu di kucup lagi. Sehinggalah Rizqan melanjutkan pula ke bibir Syifa. Syifa sekadar mendiam diri dan membiarkan sahaja Rizqan memainkan peranannya.
            “I love you so much.” Ucap Rizqan sambil menatap Syifa yang masih malu-malu. Syifa tersenyum, terasa hatinya berbunga-bunga. Mereka saling menatap penuh bahagia. Rizqan mendekatkan lagi bibirnya ke bibir Syifa. Kali ini        Syifa turut memainkan peranannya dan mereka sama-sama menikmati detik-detik tersebut dengan indah.
***************************
            “Syifa aku turut gembira dengan perubahan kau sekarang ni, kau nampak bahagia sangat sekarang ni. Lagi satu aku suka dengan perubahan kau yang dah menutup aurat. Kau nampak manis sangat bertudung ni.” sejak kejadian tempoh hari, Syifa mengambil keputusan untuk menutup aurat dan keputusan itu di sokong seratus peratus dari suami tercintanya. Bahkan keluarganya juga turut gembira dengan perubahannya. Dia ingin auratnya hanya di lihat suaminya sahaja.
            “Terima kasih kau sedarkan aku yang berhati batu ni Amni, kalau tak sampai bila-bila aku tak akan buka pintu hati aku untuk dia.”
            “Syifa ni semua kekuasaan dari Allah S.W.T aku cuma boleh bagi kau nasihat tapi semua tu terpulang dari kau. Aku bahagia bila kau bahagia.” Mereka saling berpeluk erat dan sama-sama menangis gembira.
            “Oklah Syifa aku tak boleh peluk kau lama-lama, cik abang kau cemburu nanti.” Syifa sekadar tersenyum apbila Rizqan sudah mendekati mereka. Dan tanpa segan Rizqan memeluk Syifa dari belakang di hadapan Amni.
            “Abang malulah Amni nampak tu.” Syifa menampar lembut lengan suaminya yang tidak berkira tempat untuk memeluknya.
            “Takpa, aku sporting janji aku dapat title auntie gorgeous dari anak kau nanti.”
            “Coming soon, dua bulan dah.” Tutur Rizqan tanpa selindung. Syifa menjeling suaminya yang sudah berada di sebelahnya. Mungkir janji betul, padahal mereka dah janji nak umum masa pemotongan kek bagi ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Rizqan sekadar tersenyum memandang wajah isterinya yang masam itu. Melihat sahaja senyuman Rizqan, Syifa kembali tersenyum. Syifa memang tak boleh nak marah lama kalau dah tengok senyuman menggoda suaminya itu.  Itulah pujaan hatinya sejak tingkatan tiga lagi. Gatai!
            “Really?” Amni menjerit gembira. “Syifa, aku nak mesti baby girl. Kau ingat janji kita masa sekolah dulu nak satukan anak kita pula. Anak aku dua-dua lelaki kau pilih a ja mana yang kau suka.”
            “Amboi, kau ingat aku ni kilang. Um taknak la, aku dah berubah fikiran, aku nak jodohkan anak aku dengan Lee Min Ho tak dapat bapanya cukuplah anak aku dapat anaknya.” Ups, terlebih sudah. Rizqan pula yang masam. Pernah mereka bergaduh gara-gara Syifa meletak poster Lee Min Ho di bilik mereka supanya anak mereka mirip-mirip dengan Lee Min Ho nanti. Amni dan Syifa sama-sama ketawa.
            “Kak, mereka semua dah panggil majlis dah nak bermula tu.” Syira mendekatiku. Mereka pun beriringan menuju ke meja utama. Syifa dan Rizqan sama-sama memotong kek tersebut. Walaupun lari dari perancangan ( Amni dah tau) Rizqan tetap mengumumkan tentang berita gembira tersebut kepada orang ramai. Kedua mereka saling berpandang tersenyum gembira.
            Terima kasih ya Allah, memberikan hambaMu ini sebuah keluarga yang sentiasa menyokong aku, seorang sahaat yang sentiasa bersama aku dalam suka dan duka dan secreat admirer ku, cinta pertamaku akhirnya menjadi jodohku. Alhamdulillah J
******************
            “Hmm sedap betul chesscake yang papa buat ni.” Syifa mengusap dengan lembut perutnya yang sudah berusia lapan bulan itu. sejak kandungannya berusia tiga bulan, panggilan mereka kini beruah dari sayang-abang ke papa-mama. Sweet kan. Syifa meneruskan lagi kunyahannya nikmat sehingga tidak sedar telah menghabiskan lima slice kek tersebut
            Selesai sahaja membasuh pinggannya, Syifa bercadang hendak ke stor. Akhirnya Syifa menemukan barang yang hendak dicari Syifa itu. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. Kenapa aku macam tak pernah nampak kotak ni? Tangan Syifa pantas mencapai dan membuka kotak berwarna merah itu. Ternyata barang-barang di dalamnya sekadar barang yang sudah tidak digunakan suaminya, matanya menangkap sesuatu di dalam. Diteliti benda yang berada di ditangannya itu dengan penuh minat, kenapa macam aku kenal benda ni? Matanya bulat.
            “Mama mia, ni botol minyak wangi aku. Jadi…” Syifa terus teringat kisah tahun yang lepas apabila dia telah terlanggar buntut kereta seseorang. Rupanya orang yang disangkahnya perompak ternyata suaminya sendiri. Dengan botol minyak wangi ini aku spray mata dia dan dengan botol ini aku baling kat kepala dia. Papa, mama minta maaf ya.
            “Minyak wangi ni aku kena buang. Papa tak boleh tau pasal ni, ni rahsia kita berdua ja tau adik.” Syifa mengusap perutnya yang terasa menendang mungkin tidak setuju dengan cadangannya itu.

            Biarlah pemilik botol minyak wangi ini sentiasa menjadi misteri buat papa hehe yang penting kita bahagia, In shaa Allah…sayang papa ketat-ketat J