Potttttttttttttt!!
Gadis yang sudah berada di tengah
jalan raya itu sekadar kaku apabila melihat sebuah kenderaan dihadapannya.
Fikirannya kosong. Kakinya seakan sudah tergam di jalan raya tersebut. Nafasnya
tiba-tiba semput, dan akhirnya pandangannya menjadi gelap.
Dctttt!!
Jelas kedengaran kuat bunyi tayar
kenderaan tersebut cuba menahan breaknya dari melanggar gadis yang tiba-tiba
melintas di jalan raya tersebut.
“Damn!”
Marah jejaka tersebut apabila kepalanya turut terhentuk di stereng
kenderaan tersebut serentak tangannnya menumbuk stereng keretanya. Dia
menyentuh dahinya yang agak benjol itu. Habislah, takkan nak buat presentation depan lect dengan dahi yang benjol ni. Jejaka tersebut pantas dari keluar
dari perut keretanya.
“Oii perempuan, nak mati ke?”
Hamburnya dengan geram, tali lehernya pantas dilonggarkan. Namun tiba-tiba
matanya bulat apabila melihat gadis tersebut terbaring tidak sedarkan di jalan
raya.
“Cik, cik awak ok ke?” soalnya lalu
mendapatkan gadis yang bertudung itu dan dipangkukan kepala gadis itu di
ribanya dan matanya terhenti di mata gadis itu yang sudah tertutup rapat,
sepertinya basah dan beberapa titis air
mata masih mengalir di pipinya.
‘Apa dah jadi? Kenapa dia menangis?’
Dia terpana seketika melihat gadis
tersebut. Gila, takkan aku dah jatuh cinta tengok gadis ni.
“Cik, cik bangunlah.” Dia menampar
lembut pipi gadis tersebut, manatau gadis itu akan sedarkan diri pula. Namun
usahanya gagal, gadis tersebut masih tidak sedarkan diri. Alamak macam mana ni,
kalau aku hantar dia ni pergi hospital mesti aku lambat pergi presentation. Dia memandang sekeliling,
berharap ada seseorang berada di situ untuk meminta tolong menghantar gadis
tersebut di klinik namun hampa, suasana masih sepi di kawasan tempat letak
kereta di university mereka itu.
‘Apalah nasib aku pagi-pagi ni?’
“Doktor, macam mana keadaan gadis tersebut?” soal jejaka tersebut sebaik
sahaja melihat doktor yang merawat gadis itu keluar dari bilik yang menempatkan
gadis tersebut.
“Dia ok, cuma tekanan darahnya
rendah mungkin itu sebabnya dia pengsan, awak janganlah risau lepas dia dah
sedarkan diri dia dah boleh pulang.”
Lega hatinya.
“By
the way, apa hubungan awak dengan pesakit ini?” soal doktor tersebut.
“Sebenarnya saya tak kenal dia
siapa? Saya hanya membawa dia ke sini.” Jujur lelaki tersebut berkata.
“Baiklah kalau macam tu, kami akan
cuba mencari maklumat pesakit ini, agar saudara terdekatnya boleh membawanya
pulang nanti. Sementara tu, boleh awak temankan dia sebelum saudara dia
datang?” arah doktor tersebut.
Alamak macam mana ni, aku ada benda
penting pagi ni, gawat, gawat. Dengan lemah, jejaka tersebut mengangguk lemah.
Dia pantas mengatur langkah menuju ke ruangan bilik yang menempatkan gadis
tersebut.
Dipandang penuh minat gadis yang
tidak sedarkan diri tersebut.
‘Kenapa aku merasakan sesuatu dengan
kau, padahal aku tak kenal pun kau siapa? Apa yang menyebabkan kau mengangis?
Telefon bimbitnya tiba-tiba
berbunyi.
“kau kat mana? Matilah kita, Prof
dah mengamuk tu kau tak muncul lagi.” Sembur rakannya di hujung talian.
“Aku ada hal emergency, takpa sekarang ni jugak aku jumpa kau.” Jejaka tersebut
pantas memutuskan talian tersebut da bergegas meninggalkan gadis tersebut.
Nampaknya aku dah tak boleh tunggu seseorang yang datang ambil kau. Selamat
tinggal.
“Aduh!” Adunya ketika melintasi
pintu utama klinik tersebut. Seseorang telah melanggar bahunya dengan kuat.
Tadi dia hampir melanggar orang, sekarang ni dia kena langgar pula. Hari ni,
hari langgar melanggar sedunia ke?
“Maaf, saya tengah rushing ni.” Gadis tersebut meminta maaf
lalu pergi meninggalkannya tanpa mendengar jawapan dari jejaka tersebut.
Jejaka tersebut perasaan air muka
gadis yang telah melanggarnya tadi itu, seperti ada hal yang membuatkannya
risau. Eh, aku kena cepat jugak ni. Lupakanlah
semua ni.
“Nurse,
tadi saya dapat panggilan dari klinik ni katanya housemate saya kena bawa pergi klinik ni sebab dia pengsan. Dia kat
mana sekarang ni?” soalnya di bahagian kaunter tersebut.
“Awak ni Zatul ya?” soal nurse tersebut. Gadis tersebut
mengangguk.
“Memang betul, tadi ada seorang
jejaka yang baik hati dah tolong hantar kawan awak kat klinik ni. Mari ikut
saya, dia masih menunggu di ruangan bilik tersebut sementara menunggu awak
datang.
Setibanya mereka di bilik itu,
jejaka tersebut sudah tidak ada dan kelihatannya gadis yang tidak sedarkan diri
itu tadi sudah sudah terjaga dan sedang duduk memeluk lututnya di atas katil
sambil menangis teresak-esak. Hal jejaka itu terus dilupakan. Zatul pantas
mendapatkan rakannya.
“Ara kau kenapa ni? Janganlah buat
aku risau.” Zatul pantas mendapatkan rakannya itu dan terus memeluknya. Diusap
perlahan belakang rakannya itu.
“Zatul…” rasanya dia tidak dapat
meneruskan kata-katanya sebaliknya terus menangis teresak-esak dibahu rakannya
itu. Zatul menjadi bertambah pelik. Seingatnya semalam tepat jam 12 tengah
malam mereka masih meraihkan ulang tahun Ara dengan gembira di rumah sewa
mereka. Rasanya Ara masih kelihatan baik-baik sahaja sebelum dia berangkat ke
kelas tadi pagi. Apa yang menyebabkan rakannya tu bersedih.
Jururawat yang melihat keadaan itu
merasa risau namun Zatul memberi isyarat untuk meminta berdua sahaja di bilik
tersebut. Jururawat yang memahami itu pantas meninggalkan mereka berdua di
bilik tersebut.
********************
2 tahun kemudian…..
“Zatul, Fara aku pergi dulu, dah
lambat ni.” Laung Ara yang sudah terkocoh-kocoh di muka pintu kerana masih memakai
sneaker. Dia terus mendapatkan motor
Honda scoopynya berwarna kuning itu dan memecut secepatnya menuju ke universiti.
“Ok.” Zatul menjerit dari dalam
rumah.
“Zatul, Ara lambat bangun lagi ke?”
soal Fara yang sedang mengigit roti paun itu.
“Em apa tak lambat, semalam layan
cerita korea sampai tiga pagi. Itu pun nasib baik aku kejutkan dia kalau tak
ponteng lagi lah tu.” Fara sekadar menggeleng kepala. Ara dan korea memang tak
dapat dipisahkan.
Ara berlari anak menuju ke ruang
kelasnya.Telefonnya bergetar. Alahai handphone
waktu ni jugak kau kacau aku. Diseluk poket jeansnya.
“Ara, dompet kau tertinggal dekat
meja makanlah.” Zatul di hujung talian.
Ara menepuk dahinya. Habislah nak
makan apa aku tengahari ni, dah lah sarapan pagi tadi aku hanya sempat rembat
roti paun Fara itupun hanya sekeping.
“Tak apalah, kalau sempat nanti
tengahari aku balik ke rumah kau letak saja kat bilik aku.” Arahnya.
Tumpuannya terganggu seketika.
Seperti sesuatu akan berlaku kerana dia mendengar sepertinya dahan pokok besar
di seberang jalan tersebut hendak patah dan bakal menghempap seorang jejaka
yang kebetulan sedang melewati bawah pokok tersebut. Rasanya dia tidak akan
menyedari hal yang boleh membahayakan nyawa itu kerana telinganya di sumbat dengar pemain Mp3.
Tanpa berfikir panjang dia terus
menyeberang jalan. Difikarannya cuma satu iaitu menyelamatkan jejaka itu. Dia
terus menerpa jejaka tersebut.
Jejaka yang tidak tahu menahu itu,
tau-tau dirinya sudah melayang dan terbaring di atas jalan raya dan seseorang
sedang menindih badannya.Beberapa pelajar yang turut berada di situ mulai
bising-bising, terkejut dengan kejadian itu dan pantas mengerumi mereka berdua.
Barulah dia tahu rupa-rupanya gadis itu menyelamatkan dirinya dari dihempap
dahan pokok yang besar itu.
Dia cuba menolak lembut bahu gadis
yang menghimpitnya itu untuk melihat wajahnya. Pandangannya terhenti di dahi
gadis tersebut yang sudah mengalir darahnya akibat terkena permukaan jalan raya
tersebut.
“Dahi saya..ah.. sakitnya.” Gadis
itu mengerang dengan separuh sedar.
“Cik, cik awak ok ke?” Tiba-tiba
gadis itu kembali menghimpitnya kerana sudah tidak sedarkan diri. Menyedari
akan hal itu, jejaka tersebut segera bangkit lalu menahan kepala gadis tersebut
di lengannya dan sedaya upaya menyedarkan gadis tersebut. Dia menjadi panik,
darah tidak henti mengalir di dahinya. Semua ini salahnya, kalaulah dia tidak
mendengar muzik sambil berjalan tadi pasti gadis tersebut tidak akan menjadi
korbannya.
“Kita bawa dia ke hospital sekarang
juga. Naik kereta saya.” Tawar seseorang
wanita yang berhati mulia kepada jejaka tersebut.
Dia mengangguk lalu, mendukung gadis
itu yang turut di bantu beberapa orang pelajar di situ menuju ke kenderaan
wanita tersebut.
********************
“Dahi kau dah ok ke?” Soal Fara mendapatkan
Ara yang menonton TV di ruang tamu tersebut.
Ara sekadar mengangguk namun matanya
masih leka melihat siaran tersebut, apa tidak sedang menonton satu rancangan reality show kumpulan kesukaannya 2PM.
“Ya Allah budak ni.” Marah Fara lalu
merampas remote control di tangannya
dan menekan butang off.
“Weii bagilah balik, aku dah miss tengok rancangan dia tiga hari ni.
Aku rindu Nickhun oppa aku tu.” Ara seolah-olah merajuk.
“Takda, aku nak kau bagitau aku
betul-betul. Kau ok ke, aku risau bila Zatul cakap dahi kau kena jahit 30
jahitan.”
“Aku oklah, sikit aja ni. Janganlah
risau ok. Remote please.” Tangan ditadahkan. Akhirnya Fara mengalah juga.
Kini Ara kembali menatap oppa kesayangannya itu.
“Ara lupa pula bagitau, kelmarin nurse tu bagi kat aku kertas ni. katanya
dari lelaki yang kau selamatkan tu.” Zatul tiba-tiba muncul di ruang tamu
tersebut lalu mengambil posisi di sebelah Fara.
“Mana, mana.” Fara merampas kertas
di tangan Zatul itu.
“Eh sibuklah minah seorang ni.”
Zatul membuat muka garang namun Fara sekadar buat tak nampak.
-Please
call me, Jason-
“Ara Ara, tengok ni mamat tu nak kau
call dialah tengok siap bagi nombor
telefon lagi sekali.”
“Malaslah. Tak berminat aku, hal
kelmarin tu dah lepas. Aku tolong dia taknak apa-apa balasan pun. Kalau kau nak
sangat kau call dia Fara oii. Aku
bagi kat kau. Free of charges.”
Matanya masih setia di kaca tv tersebut.
Zatul mengetuk kepala Ara.
“Adoi, sakitlah. Tak kesian kat aku
ke? Tengok dahi ni.”
“Banyak free of charges kau sana. Kau ingat dia tu barang, suka hati ja. Call lah manatau penting.” Akhirnya
Zatul memujuk jugak.
“Aku dah call ni.” Tau-tau Fara sudah menelefon mamat tersebut.
“What!
Mana boleh….” Belum pun sempat Zatul hendak memarahi Fara, panggilan
tersebut sudah dijawab dan Fara terus menekan punat pembesar suara di telefon
bimbitnya. Dia menegakkan jari dibibirnya agar mereka berdiam. Secepatnya Zatul
merampas remote di tangan Ara dan
menekan punat off. Ara membeliakkan
matanya lalu menyilangkan tangannya, bibirnya sudah muncung sedepa.
“Hello. Awak..”
“Ya Jason, nama saya Aratia Hanee
tapi just call me Ara kalau nak manis
lagi panggil je Honey.” Fara sengaja
membuat suara gedik dan menyamar menjadi Ara. Ara yang mendengarnya hendak
sahaja menjerit namun pantas Zatul menekup mulut mulutnya.
“Ok. Actually I wanna say thank you sebab awak dah selamatkan saya.
Kalau boleh saya nak jumpa Ara, boleh?”
“Eh boleh sangat, kat mana tu?” Fara
berlakon lagi menjadi diri Ara. Ara bertambah-tambah meronta agar dilepaskan
dirinya dari diri Zatul. Kawan aku berdua ni betul-betul pengkhianat!
“Kat Kafe dekat kampus kita jam lima
petang ni.”
“Ok.” Balas Fara cuba menahan
ketawanya.
“Ok, see you there.”
Talian dimatikan.
“Ok kau siap-siap sekarang Ara, jam
lima ni kau ada temu janji dengan Mr. Jason.” Arah Fara.
“Apa ni Fara, aku tak kata pun nak
jumpa mamat tu..”
“Jason, nama dia Jason.” Potong Fara
lagi.
“Whatever
lah, aku tak nak jumpa. Kalau kau nak sangat kau je la pergi jumpa dia.” Ara
pantas angkat kaki meninggalkan mereka berdua dan berlalu menuju ke biliknya
dengan seribu kerutan di wajahnya.
“Macam mana ni Zatul, kita dah
terlepas janji kat mamat tu kang tak pasal-pasal kita dah aniaya anak orang.”
Fara gigit jari.
“Tu la kau, yang pergi call mamat tu kenapa. Ara taknak akun,
aku pun taknak. So kau kena tanggungjawab. Kau lah pergi jumpa mamat tu.”
Cadang Zatul.
“Boleh ke? manatau si Jason tu hensem kan?” Fara menunjuk muka
gediknya.
“Gatal, ‘balak’ kau nak baling kat
mana?” Zatul menampar paha Fara.
“kat sungai Kinabatangan hehe, aku
gurau je la. Aku ni setia pada yang satu tau. Aku janji takkan akan berpaling
arah dari ‘balak’ aku tapi nakal sikit boleh kan.” Zatul terus mencubit paha
Fara. Fara, Fara rakannya seorang itu memang agak nakal sedikit tetapi baik
orangnya.
*****************
Fara menanti penuh debar kehadiran
Jason di Kafe tersebut. Pashmina di kepalanya di betulkan agar tidak senget.
Minuman Ice Blendednya dikacau-kacau, dia sudah bosan menanti. Jam di tangannya
sudah menunjuk jam lima setengah.
“Hello.” Sapa seseorang.
Fara terus terpana memandang
kehadirannya seseorang jejaka di hadapnnya itu.
“Maaf saya dah lambat, tak sangkah
jalan jammed tadi. By the way, saya Jason. Awak ni Aratia
Hanee kah?” keningnya berkerut, macam bukan dia saja.
‘Oh mama mia, handsome gila mamat ni. Rugi kau Ara tak jumpa dia. Jason, Jason
kenapalah kita tak berjumpa sebelum ni.’
“Sorry.”
Jason menjadi pelik apabila melihat Fara tidak memandangnya tanpa berkelip.
“Eh sorry, silakan duduk.”
“Saya Fara kawan serumah dengan Ara.
Sorrylah dia tak dapat datang. Jadi
saya wakilkan dia, tak apa kan?” Fara tersenyum.
“Awak tinggal kat mana?” soal Jason.
“Ah.” Fara menjadi pelik.
“Awak tinggal kat mana?” ulang Jason
lagi.
“Dekat kawasan Sepanggar kenapa?”
“Jom saya hantar awak balik. Saya
nak sangat jumpa Ara.”
Tiba-tiba Fara menjadi lembik. Dia
nak jumpa Ara pula, aku dah bersiap-siap bagai nak rak ni siap mekap bagai
segala lagi tapi dia tetap nak jumpa Ara. Dengan langkah longlai, Fara
mengikuti Jason menuju ke kenderaanya untuk kembali ke rumah sewanya.
Sekurang-kurangnya belanjalah aku makan ke.
Setelah melalui lebih kurang 30
puluh minit perjalanan akhirnya mereka pun sampai.
“Ok awak tunggu kat sini ya, nanti
saya panggilkan Ara keluar. Maaflah saya tak boleh jemput awak masuk tak manis
pula kan.” Fara cuba mengontrol ayunya lalu tersenyum manis.
Jason setakat mengangguk. Tidak
kisahlah sekiranya dia terpaksa menunggu di luar pagar. Dia pantas bersandar di
pintu keretanya lalu berpeluk tubuh.
“Assalammualaikum.”
“”Walaikumslam. Macam mana ‘date?’” Balas Zatul yang sedang duduk di
ruang tamu.
Fara menghempas badannya di sofa
dengan satu keluhan. “ Um dia taknak jumpa aku, dia nak jumpa Ara jugak dan dia
ada kat luar sekarang ni.”
Dipandang Fara yang sudah
melepaskankan pashmina di kepalanya dengan terkebil-kebil.
“Kau biar betul?” soalnya lagi.
“Betullah, kalau tak caya tengoklah
dari tingkap tu.” Balas Fara dengan malas.
Terkocoh-kocoh Zatul berlari menuju
ke tingkap.
“OMG!
This is crazy. Serius nampaknya dia nak jumpa Ara ni.”
Zatul pantas menerjah ke bilik Ara.
Di lihatnya Ara sedang duduk di meja belajarnya sedang kusyuk membuat assigment.
“Mak jang terkejut aku, bagilah
salam dulu.” Marah Ara. Aii Ara ni memang lemah semangat cepat sangat terkejut.
“Ara..Ara..”
“Apa? cakap ja la.”
“Jason ada kat luar, dia tengah
tunggu kau tu.”
Ara mengerutkan keningnya tanda
bingung, ,macam pernah dengar nama ni tapi siapa ya. Melihat ekspresi muka Ara
itu, Zatul mengagak mesti budak ni dah lupa.
“Alaa itu mamat yang kau selamatkan
hari tu.”
Ara terus mengetap bibirnya. Apa
lagi mamat ni nak. Menyusahkan hidup aku saja. Dia pantas bangkit dari tempat
duduknya, melepas kaca matanya dan mencapai tudung kecemasan. Dengan muka
bengang dia terus keluar dari pintu. Fara dan Zatul cepat-cepat menuju ke
tingkap cuba mencuri mendengar perbualan Ara dan mamat tersebut.
Melihat sahaja Ara keluar dari
rumah, Jason terus memandangnya sambil tersenyum. Lama dia memandang.
Ara menjadi pelik. Sakit apa mamat
ni?
“Ah cakaplah apa yang kau nak sangat
jumpa aku ni?” Marahnya lalu bercekak pinggang yang sudah berada dihadap mamat
tersebut.
“Sebenarnya saya nak ajak awak
keluar, boleh tak?” Terus kepada tujuan asalnya.
Daebak!
First time jumpa dah nak bawa aku keluar.
“Kenapa saya mesti nak ikut awak? sorry saya tak kenal awak ok.”
“Saya Jason Ong, pelajar tahun akhir
kat UITM. Tinggal kat..”
“Cup..cup..aku tak tanya semua tu.”
“Laa tadi kata tak kenal, saya
kenalkanlah diri saya.”
Ara mengetapkan bibirnya tanda
geram.
“Sebenarnya saya nak bawa awak
keluar sebab kedai service handphone
tu nak jumpa pemilik handphone tu
sendiri iaitu handphone awak.”
“Telefon saya mana? Awak tau tak,
saya rasa macam nak gila cari telefon saya dekat tempat kejadian tu.Kenapa awak
tak cari saya awal-awal.” Ara terasa hendak menangis sahaja, telefon itu sangat
penting baginya.
Kini Jason pula yang mempamer muka
bingung. Salah siapa tak bagitau awal-awal kalau dia baru call hari ni sedangkan tiga hari yang lepas aku dah bagi kertas tu.
“Ok kejap saya nak ganti pakaian
dulu.”
“Saya rasa pakaian awak takda masalah.”
Biar betul mamat ni, aku hanya pakai
seluar sukan dan baju lengan panjang. Tudung aku pun jenis ekspress. Dan sadisnya aku hanya berselipar jepun.
“Jom masuk.” Jason sudah membuka
pintu kereta di sebelah pemandu tersebut.
Tanpa berfikir panjang Ara pantas
memasuki ke dalam perut kereta tersebut, niatnya cuma satu mendapatkan balik
telefo bimbitnya.
“Eh eh, Ara nak ke mana tu? Biar
betul dia hanya pakai mcam tu. Tak bawa apa-apa lagi.” Fara memandang Zatul
dengan pelik sebaliknya Zatul sekadar mengangkat bahunya.
“Cik maaflah, handphone cik ni teruk sangat kerosakannya so akan mengambil masa
satu bulan untuk di baiki.” Kata seorang pekerja di kedai service itu.
“Iyah.
Tolonglah, kalau boleh secepatnya ya.” Ara tetap mengharap sepenuh harapan.
Pekerja tersebut pun memberikan sim card yang sememangnya berada di telefon
bimbitnya.
Setelah
berurusan, mereka berdua pun beriringan keluar dari kedai tersebut.
“Jom.”
Kata Jason.
“Nak
ke mana?” soal Ara dengan pelik.
“Makan.
Saya laparlah. Awak tentukan kita nak makan di mana?”
Ara
menyentuh perutnya juga yang sememangnya kelaparan aish kalau bukan sebab dia
ajak aku keluar tiba-tiba tentu aku dah dapat makan masakan Zatul tadi. Fine, aku nak kenakan kau.
“Pizza
Hut.”
Setelah
membuat pesanan, Jason meminta izin ke tandas sebentar sementara menunggu
pesanan makanan mereka.
“Eh
tu bukan Jason ke? siapa perempuan tu?” tiba-tiba Ara dapat menangkap perbualan
empat orang gadis yang berada di sebelah meja mereka.
“Entah,
orang gaji dia kot tengoklah dari pakaian dia ja. Tak malu kan masuk kat
restoran ni dengan pakaian macam tu, orang gaji kat rumah aku tu pun pandai
lagi bergaya dari dia.” Meledak ketawa dari
keempat-empat gadis tersebut.
Ara
menghadiahkan sebuah jelingan tajam ke arah mereka membuatkan ketawa mereka
automatik mati.
“Saya
nak balik.” Perintah Ara sebaik sahaja melihat Jason yang sudah berada di
hadapannya.
“Laa
kenapa pulak?” soalnya dengan pelik.
“Awak
tak patut bawa ‘orang gaji’ awak ni pergi makan kat restoran macam ni.” sengaja
dia menekan perkataan ‘orang gaji’ tersebut.
Jason
terasa sesuatu yang pelik lantas cuba melilau ke kiri kanan, ketika itu dia
melihat dua orang dari classmate nya
sedang melambai tersenyum ke arahnya. Kini barulah dia mengerti.
“Sayang
pedulikanlah apa pandangan orang terhadap awak, yang penting awak tau saya tak
kisah siapa pun awak, macam mana pun penampilan diri awak di mata saya.” Sebuah
senyuman lebar dihadiahkan Jason.
Besar
mata Ara. Gulrp! Sakit apa mamat ni, tiba-tiba meracau panggil aku sayang. Jason
pantas mengelipkan matanya. Keempat-empat
di sebelah mereka itu seperti berbisik-bisik. Mereka terus mengangkat punggung
dari situ memandangkan mereka telah selesai makan.
Pesanan
mereka mereka telah sampai. Hal tadi terus dilupakan Ara baginya mungkin Jason
berbuat demikian sekadar hendak membantunya. Dia pantas mengambil sepotong
pizza dihadapanya dan melahapnya dengan gembira.
Klik!
“Eh
apa ni curi-curi ambil gambar saya.” Marah Ara dengan sisa pizza yang masih di
mulutnya. Bibirnya dimuncungkan.
Jason
cuba menahan ketawanya melihat gaya Ara ketika itu, bercakap namun mulutnya
masih penuh dan kelihatan pipinya kembung.
“Muka
awak comel sangatlah. Macam dah tak makan beberapa hari, rakus sangat.”
“Aku
tak kira kau kena padam gambar tadi tu.”
“Kenapa
pula? Comel apa. Lepas ni kalau aku stress aku pasti akan tengok gambar kau
ni.”
Ara
mengetap bibirnya, mamat ni dah melampau! Hello, kau tu baru kenal aku dah
berlagak macam bertahun dah kenal aku.
Tiba-tiba
Jason menghulurkan sebuah bakul kertas kepada Ara.
“Apa
ni?” soalnya sebaik sahaja melihat kotak yang berada di dalam bakul kertas
tersebut. Sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy S4. Gilak, mahal ni.
“Anggap
ja tu pampasan yang kau terima dari sebuah syarikat insurans. Tolonglah terima,
kalau tak sampai bila-bila aku akan rasa bersalah dengan kau. Sebab aku, kau
luka teruk dan telefon kau rosak.”
“Tapi
semua ni terlalu mahal. Saya ikhlas nak selamatkan awak, saya tak minta pun
apa-apa balasan.” Ara cuba menolak dengan lembut bukan dia tidak mahu menerima
tetapi didikan dari orang tuanya yang mengajarkan untuk tidak meminta apa-apa
balasan setelah memberikan bantuan.
“Awak
anggap ja keadaan kita terbalik. Saya yang cedera teruk, awak mesti berusaha
nak balas jasa saya kan. Begitu juga dengan diri saya. Walaupun awak kata ok,
tapi saya tetap rasa bersalah.”
Ara
menarik nafasnya, merasa sudah fed-up untuk meyakinkan mamat dihadapannya itu
bahawa dia tidak memerlukan itu semua.
“Tapi
saya tetap nak telefon bimbit saya yang lama.”
“Awak
jangan risau saya akan pastikan telefon awak akan dibaiki.” Jason meyakinkan
Ara.
Itulah
harapan Ara, baginya handphone itu
benar-benar berharga buat Ara walaupun modelnya agak ketinggalan zaman.
*******************
“Uii
canggih handphone kau kawan. Sugar daddy mana yang bagi kat kau ni.
Mahal ni beb.” Fara membelek-belek telefon Samsung Galaxy S IV milik Ara itu
ketika mereka bersarapan pagi itu.
“Bukan
sugar daddy tapi atuk sebelah kita
rumah kita ni bagi kat aku, semalam dia menang nombor ekor so dia baik hati
belikan aku telefon memandangkan atuk tu syok
kat aku.” Selambah Ara menyuap corn flakes, matanya tetap setia membaca
notanya.
“Oii
atuk sebelah rumah ni dah meninggal lah. Betul-betullah.” Pinta Fara lagi.
“Oklah,
mamat cina tu bagi kat aku. Puas hati.”
“Cayalah
kau Ara, pemanis apa kau pakai sampai dia boleh bagi kau benda semahal ni
silap-silap haribulan kereta pula yang menyusul.” Soal Ara lagi.
“Nak
tau rahsiahnya, amalkan menyapu madu kat muka setiap malam kompom banyak yang tertarik kat kita terutama semut.” Meledak
ketawa Ara.
“Eh
minah ni aku tanya betul-betul dia bergurau pulak.” Fara sudah menunjuk muka
merajuk.
“Ala-ala
bucu sayang, sebenarnya dia bagi tu sebagai pampasan kat aku yang dah
menyelamatkan dia hari itu. orang-orang tua kata, rezeki jangan di tolak kan.
Ok lah cau dulu, aku ada exam ni wish me luck. Assalammualaikum.”
*************************************
“Jason
mummy tengok, sejak dua menjak ni Jason suka senyum seorang-seorang. Siapa
gadis bertuah tu, kenalkan dengan mummy.”
Jason
sekadar tersengih, dia pantas berdiri dan mendapatkan mummynya. Jason menyorong
kerusi roda mummynya agar lebih dekat dengan kolam kecil yang terdapat di taman
mini mereka. Nurse yang sememangnya
bertugas menjaga mummy Jason pantas beredar dari situ bagi memberi mereka anak
beranak berbual. Mummy Jason telah disahkan lumpuh sejak terlibat dengan
kemalangan di jalan raya iaitu dua tahun yang lepas.
“Dia
kawan Jason ja la mummy. Baru sebulan kenal dengan dia and she is muslim. Jason
selalu rasa tenang bila dekat dengan dia.” Perlahan bibir Jason terukir apabila
terbayang wajah Ara. Melihat senyuman satu-satunya anak lelakinya itu, air mata
Puan Mary mengalir.
“Mummy
kenapa ni, mummy rasa sakit ke? Jason panggilkan nurse ok.”
Puan
Mary menggeleng. “Mummy gembira bila tengok Jason macam ni, sejak peristiwa itu
mummy selalu rasa bersalah dengan Jason. Kalaulah..”
“Mummy
Jason tak pernah salahkan mummy dengan apa yang berlaku. Jason dah boleh
belajar menerima kepergiannya.” Dia pantas memeluk mummy yang nyata masih
menyalahkan dirinya sehingga hari ini.
Dua
tahun yang lepas, Puan Mary beria-ria meminta teman wanita Jason iaitu Bella
untuk menemaninya keluar membeli-belah. Dalam perjalanan pulang mereka telah
terlibat dengan sebuah kemalangan, Bella yang terhumban keluar dari kereta
tidak dapat diselamatkan lagi dan telah meninggal di tempat kejadian sebaliknya
Puan Mary yang hanya tersepit di dalam kenderaan ternyata masih selamat
walaupun ketika itu keadaannya nyawa-nyawa ikan. Puan Mary tahu Jason sangat
menyayangi teman wanitanya itu, sejak peristiwa itulah Jason seakan menjadi
orang lain, tiada lagi senyuman menghiasi bibirnya. Kini dia turut merasa
gembira dengan perubahan anak lelakinya itu. Aku mesti mengenali gadis itu.
**************************
Lagu
Christina Perri ‘A thousand years’ berirama dari telefon bimbit milik Ara. Dia
ketika itu yang sedang menggoreng kuih pisang pantas mengecilkan api dari
kualinya.
“Hello my dear, what are you doing?”
“Hello, awak salah buat panggilan. Saya
bukan GF awak. Ini Ara.”
“Eh
I tak salah buat panggilan,betullah U GF
saya.” Dia sudah ketawa dihujung talian.
“Tak
sudah-sudah meracau. Kenapa call?”
Ara membalikkan pula kuih pisangnya di kuali itu.
“I miss you, miss you so much.” Ara
terdiam seketika, seolah kata-kata dari Jason itu meresap ke lubuk jantungnya.
Dia tersedar apabila tangannya terkena sedikit percikan minyak.
“Ara
are you alright?” Jason menjadi risau
apabila mendengar gadis itu seperti mengadu kesakitan.
“Ok,
tangan saya just terkena percikan minyak.
Ni salah awaklah, kacau saya time
goreng kuih pisang.”
“Alamak,
so sorry. Teruk sangat ke, nak I
hantar pergi klinik?”
Meledak
ketawa Ara, lawaknya baru terkena sedikit percikan minyak takkan nak pergi
klinik. Benda ni kan normal, sakit pun macam kena gigit semut. Dia pantas
menidakkan tawaran Jason itu.
“Ara
boleh kita jumpa besok?”
“kenapa
pula?”
“I
nak bawa Ara ke satu tempat. Kita jumpa besok ok.”
*********************
“Patah
balik!”
“Alaa
please lah Ara, mummy I betul-betul
nak jumpa dengan Ara.”
“Tak
acilah, setengah perjalanan baru bagitau
hal sebenar.” Ara menyilang tangannya. Dahlah habis class Jason terus ‘menculik’ dirinya. Kalau dia tau Jason nak bawa
dia ke rumah family nya dia pasti
takkan mengenakan baju kurung cotton berwarna
pink itu dan sekadar berpakaian biasa sahaja. Paling penting mestilah bawa buah
tangan.
“Don’t worry mummy I tu baik tau dia
pasti merestui hubungan kita berdua.”
“Banyaklah
restu awak sana, awak ingat saya ni nak jumpa bakal mentua?” Dijelingnya Jason
disebelahnya itu.
“Mudah-mudahan
masin mulut Ara. Anggap ja jumpa bakal mak mentua. Tak rugi tau dapat jejaka
macam I ni.” Ok Ara akui Jason memang boleh mencairkan gadis-gadis kat luar
sana dengan rupa parasnya itu. Walaupun dia berketurunan cina, tapi wajahnya
seakan-akan orang korea.
Akhirnya
mereka pun tiba di kawasan rumah Jason. Macam nak jatuh rahang Ara, mak aii ni
istana ke rumah besar gilak weii. Agaknya kalau main sembunyi-sembunyi satu
malam pun takkan jumpa. Cup-cup aku ni macam si Geum JanDi pula (miahaha
berangan kejap) dalam drama korea kesukaan aku ‘Boys over flower’, kali
pertama dia ke rumah oppa kesayangan aku Lee MinHo pun secara paksa sebab dia
kena culik oleh orang upahan oppa aku tapi dalam cerita aku ni tuan ni yang sendiri
yang ‘culik’ aku.
Ara
terpandang seorang wanita elegen duduk di atas kerusi roda sebaik sahaja mereka
memasuki ruang tamu, uii kerusi roda dia pun memang orang-orang kaya je yang
mampu miliki. Tambah nak jatuh rahang
Ara melihat ruang tamu milik keluarga Jason ini. Ara katup mulut kau tu balik,
jangan tunjukkan sangat yang kau tu jakun.
“Mummy
ni lah Ara. Aratia Hanee.” Ara pantas menyalami Puan Mary.
“Unik
nama Ara.” Ara sekadar tersenyum, sebenarnya banyak yang musykil dengan nama
aku sebab dorang kata nama aku ni takda ciri-ciri orang islam. Sebenarnya nama
aku ni gabungan nama abah dan ummi aku, Arman dan Mastia. Ini disebabkan aku
adalah satu-satunya anak mereka selepas doktor mengesahkan bahawa ummi dah tak
boleh melahirkan anak lagi kerana boleh membahayakan nyawanya.
Ternyata
Puan Mary seorang yang sangat peramah. Ara yang mula-mula kekok untuk berbicara
ternyata sudah boleh membiasakan diri. Jason yang sedari tadi duduk tidak jauh
dari mummynya memandang dirinya bagai
tak lepas walau sesaat. Ara tidak senang duduk, semuanya menjadi perhatian lelaki
itu, senyuman, ketawa, bahkan ketika dia berbual dengan Puan Mary, masyaAllah.
***********
“Ara
tak tidur lagi?” soal Zatul. Bingung dia melihat Ara duduk sendiri di ruang
tamu dengan jam sebegini, dua pagi. Dia pantas mendekati Ara apabila melihat ada
air mata yang telah kering dipipinya. Al-quran berwarna putih itu dipeluk Ara
dengan erat.
“Aku
rindukan arwah.” Tambah bercucuran air mata Ara. Zatul pantas memeluk dirinya.
“Ara
ikhlaskan dia pergi. Arwah mesti sedih tengok kau macam ni.” Walaupun kejadian
itu sudah dua tahun berlalu, Ara masih tidak boleh menerima kepergian orang
yang dicintainya itu. Ariel adalah satu-satunya lelaki yang bertakhtah di hati
Ara sejak dari bangku sekolah lagi. Ara tidak menyangkah, perbualannya bersama
Ariel ketika jejaka itu membuat panggilan video hanya untuk mengucapkan selamat
ulang tahun kepada dirinya tepat jam duabelas tengah malam adalah perbualan
terakhir mereka. Dia berjanji untuk menyerahkan sesuatu kepada Ara keesokan
harinya. Besoknya Ara mendapat panggilan dari ibubapa Ariel bahwa dia telah
pergi buat selama-lamanya. kotak hadiah berwarna merah itu adalah barang
terakhir milik arwah dan kata ibu arwah, sebenarnya arwah hendak menyerahkan hadiah itu kepada Ara pada hari dia pergi buat
selama-lamanya. Ara terus terjelupuk jatuh sebaik membuka kotak itu, rupanya
sebuah al-quran berwarna putih dan kata-kata di dalamnya bertulis ‘Untuk bakal
isteriku, Aratia Hanee’.
**************
“Berapa
lama kau nak stay kat rumah mama Jannah tu?” Soal Zatul yang duduk di hujung
katil Ara. Zatul tau, walaupun arwah
Aeril telah lama pergi dari hidup Ara, tapi kawan baiknya itu tetap berhubung
dengan keluarga Aeril. Sehinggakan, memanggil wanita itu dengan panggilan mama.
“Mungkin
dua malam ja. Aku stay malam ni nak
tolong mama Jannah untuk kenduri
arwah keesokannya. Kau faham kan, mama Jannah
tu hanya ada seorang anak ja tapi..kini tinggal dia dengan suaminya sahaja.
Semoga kehadiran aku di sana, kurang juga kesedihan kat mama Jannah.” Ara terhenti seketika,
matanya sudah bertakung. Mengikut perancangan, dia akan mengikat tali
pertunangan pada tahun ini tapi sayang jodohnya tidak panjang dengan insan yang
bernama Aeril itu.
“Sabar
ya Ara, semoga Allah sentiasa bersama kau.” Zatul sudah memeluk bahu Ara. Ara
menarik nafasnya, dia pantas tersenyum cuba menenangkan dirinya dari menangis.
Cukuplah dia sudah menangis semalaman.
“Oklah,
aku nak berangkat sekarang. Aku takut pula jam
teruk petang ni. Jangan lupa bagitau Fara, datang tau kenduri tu besok.”
“In
shaa Allah, kalau takda aral melintang aku dengan Fara datang. Kau bawa motor
elok-elok tau. kirim salam dengan auntie dan
uncle sekali.”
Ara
mengangguk pantas mendapatkan motor kesayangannya itu dan hilang dari pandangan
Zatul.
***********************
Seperti
dijanjikan, Zatul dan Fara datang juga ke kenduri arwah tersebut. Ara begitu
gembira melihat kehadiran kawan-kawan baiknya itu. Dia yang begitu sibuk
membantu auntie Jannah di dapur
pantas memeluk Fara dan Zatul. Dia sangat memerlu kehadiran rakan-rakannya
ketika itu.
“Eh
tak SMS pun dah nak datang.” Rajuk Ara.
“Alaa
sorry la, Zatul la ni nak bagi surprise katanya.” Fara cuba membuat
muka comel.
“Yalah-yalah.
Jomlah kita bawa dulang ni ke depan, majlis kenduri tak lama lagi nak bermula
tu.” Mereka pun membantu apa yang patut.
“Terima
kasih ya Ara, Fara dan Zatul. Korang sangat-sangat membantu mama Jannah. Maaf
kalau mama dah menyusahkan waktu hujung minggu kamu semua.”
“Mama,
Ara tak pernah rasa terbeban dengan semua ni. Mama, kalau perlukan apa-apa
bagitau Ara tau.” Ada air mata yang mengalir di pipi wanita yang sudah di mamah
usia itu. Ara pantas memeluk wanita yang sudah dianggap seperti ibunya itu.
Fara dan Zatul turut menyalami wanita itu.
“Hati-hati
bawa motor tu ok. Ara boleh datang kat rumah uncle ni bila-bila ja Ara suka.” Kali ini gilaran uncle Rudy pula suami kepada mama
Jannah, bersuara.
Ara
mengangguk lalu tersenyum. Fara dan Zatul sudah hilang dari pandangan mereka
memandangkan mereka berdua ke sini menggunakan kereta yang dipandu boyfriend Fara. Sementara Ara sedari
awal menggunakan motornya.
Dipertengahan
jalan Ara baru teringat sesuatu, telefon bimbitnya yang dicas di bilik tetamu
lupa di ambil. Dia pantas berpatah balik. Setibanya di kawasan kediamana mama
Jannah, Ara pelik melihat sebuah kereta Mercedes hitam diparkir di hadapan
rumah tersebut. Mama Jannah ada tetamu kah? Perlahan Ara menuju ke pintu.
“Sampai
sekarang aku, selalu rasa bersalah dengan engkau Jannah. Kemalangan dua tahun
lepas tu selalu menhantui aku.” Bulat mata Ara, niatnya hendak memberi salam
terbantut. Dadanya mula berdegup kencang.
“Aku
dah lupakan apa yang terjadi. Aku pun dah ikhlaskan anak aku pergi.”
“Mama
Jannah…” Ara sudah berdiri di pintu membuatkan mama Jannah yang sememangnya
duduk di sofa menghadap pintu pantas berdiri. Uncle Rudy yang berada di sebelah, turut sama berdiri. Muka suami
isteri tersebut seakan merahsiahkan sesuatu darinya.
“Ara.”
Suara yang tidak begitu asing bagi Ara.
“Jason,
auntie Mary buat apa dekat sini? Apa
maksud semua ni? Apa maksud auntie Mary?
Mama….” Terketar-ketar suara Ara cuba bersuara, dia seakan takut untuk
mendengar jawapan dari mama Jannah. Air matanya sudah mengalir dengan deras.
“Ara
kita bincang benda ni lain kali ok.” Jason mendekati Ara.
“Kau
cakap dengan aku, apa maksud mama kau.” Ara sudah hilang sabar. Suaranya sudah
meninggi.
“Ara
sayang, kita cakap benda ni lain kali ok.” Mama Jannah pula bersuara cuab
memujuk Ara. Dia tidak mahu memburukkan keadaan. Tersedu-sedu wanita itu
memeluknya.
“Ara,
auntie minta maaf sangat-sangat.
Bukan niat auntie nak rahsiakan semua
ni dari Ara.”
“Rahsiakan
apa auntie?” Ara seakan sudah hilang
sabar. Wanita itu sudah menangis.
“Mummy..”
Jason mendekati Mummynya.
“Jason,
Ara berhak tau benda ni. Ara…. Dua tahun lepas, auntie tidak sengaja telah melanggar seorang pemandu dari arah
bertentangan yang menyebabkan mangsa tersebut terkorban dan turut mengorbankan
Bella, teman wanita Jason yang berada di sebelah pemandu auntie. Mangsa itu adalah Aeril Bin Mohd. Rudy.”
Longgar
skru lutut Ara mendengar kenyataan itu. Dia sudah terduduk di lantai, air matanya berjujuran dengan
deras.
“Kali
pertama Ara ke rumah auntie, auntie terkejut melihat Ara berada di
hadapan auntie. Selama ini auntie hanya
boleh melihat Ara melalui gambar dan mendengar cerita tentang Ara setiap kali ke
rumah ini. Maafkan auntie Ara, auntie dah memisahkan Aeril dari hidup
Ara.”
“Beerti
selama ni semuanya palsu, konon nak berbaik-baik dengan saya untuk menebus
kesilapan auntie selama ni.” Hilang
hormatnya dengan wanita itu. “Saya paling tak sangkah, mama sanggup tipu Ara.
Kenapa mama..kenapa mama tak pernah bagitau semua ni dengan Ara? Kenapa mama
rahsiahkan dari Ara tentang benda ni?”
“Ara,
auntie Jannah dan mummy tak salah.
Saya yang minta rahsiakan perkara ni dari Ara. Saya minta maaf, saya memang dah
lama kenal Ara sejak Ara turut berada di hospital untuk menuntut mayat Aeril.
Saya memang dah lama nak tegur Ara,
mungkin Tuhan mendengar doa saya, peristiwa Ara selamatkan Jason tempoh hari tu lah titik perkenalan kita.Ikhlas saya
katakana saya cintakan awak Ara.”
Ara
tersengih. “Kau cintakan aku. Eh takya nak cakap soal ikhlaslah. Lepas apa kau
dah buat ni, kau fikir aku nak percaya cakap kau, haram satu patah keluar dari
mulut kau aku percayalahlah. Patutlah kau beria-ria nak jumpa aku kan hari tu.
Rupanya ini muslihat kau. Aku benci kau, aku menyesal sebab aku dah selamatkan
kau tempoh hari. Kau tau tak aku sanggup kena langgar dari selamatkan orang
macam kau.”
“Ara
cakap apa ni, istiqfar nak. Jangan nak ikutkan emosi sangat. Ara lepaskanlah
kenangan Aeril dalam hidup Ara. Ikhlaskan dia pergi nak.” Mama Jannah mengusap
bahuku sambil tersesak-esak.
“Tak
mama, kenangan Aeril sentiasa hidup dalam hati saya. Tak siapa-siapa boleh
ganti dia dari hidup saya.” Tambah kuat tangisan wanita itu mendengar
pengakuanku. Aku pantas berlalu dari situ, baru sahaja beberapa langkah,
pandanganku tiba-tiba gelap. Entah siapa yang sempat menyambut tubuh ini
sebelum rebah ke lantai dan cukup aku kenali suara itu menjerit namaku.
*********************
Perlahan
aku membuka kelopak mataku. Rasanya suasana bilik itu begitu asing kepadaku.
Kulihat di atas tapak tanganku tercucuk jarum dan di atas kepala tergantung kantung
air. Aku kena tambah air? Apa dah jadi. Kulihat juga Zatul tertidur di tepi
katilku sementara Fara tertidur di sofa. Jam yang tergantung di dinding
menunjukkan angka dua. Dua petang atau dua pagi ni?
“Alhamdulillah
kau dah sedar.” Zatul pantas mendekati, segelas air suam dihulurkan kepadaku.
Mungkin dia sedar, aku seperti kehausan.
“Zatul,
apa dah jadi ni?” soalku setelah selesai meneguk segelas air.
“Mama
Jannah kata kau pengsan semalam kat rumah dia dan mama Jannah dah ceritakan apa
yang berlaku kat aku.”
Air
mata Ara mulai mengalir. “Ara janganlah macam ni, aku risau tengok keadaan
kau.” Dia memeluk tubuh Ara.
“Aku
nak tidur.” Ara pantas terbaring dengan linangan air mata di pipinya. Saat ini
otaknya terasa seakan penat untuk berfikir apa-apa.
**************************
Selesai
membacakan surah Yassin, Ara menyiram sejug air di pusara Aeril. Lama Ara
memandang pusara itu.
“Ara
jom kita balik, dah nak gelap ni?” Zatul memegang bahu Ara. Sejak peristiwa
itu, Ara kerap melawat ke pusara Aeril. Selalunya jika dia tidak sibuk dengan
tugasan di U dia ataupun Fara yang akan menemani mereka. Risau mereka
membiarkan Ara pergi sendiri-sendiri.
Dengan
berat hati, Ara pun pergi dari kawasan kuburan itu. Setibanya dirumah, Ara dan
Zatul saling berpandang melihat kehadiran seseorang di ruang tamu mereka. Fara
pantas mendapatkan mereka berdua.
“Siapa
dia?” Soal Zatul. Risau, Fara senang-senang menerima kehadiran seseorang yang
tidak dikenalinya.
“Aku
pun tak tau, dia kata nak jumpa dengan Ara.”
“Maaf
saya dah ganggu korang semua. Saya Jessica, kakak kepada Jason. Tujuan saya ke
sini untuk bertemu dengan Ara. “
Mendengar
nama Jason, baru dia teringat dia sudah lama tidak mendengar khabar dari jejaka
itu sejak peristiwa tersebut, mungkin adalah dalam lima bulan.
“Jason
minta saya serahkan kotak ni kepada awak sebelum dia pergi dari sini. dia takut
kalau dia serahkan sendiri awak taknak terima. Harap awak boleh terima. By the way, saya pergi dulu.” Kotak
tersebut di pandang sepi Ara di atas meja. Dia pantas masuk ke dalam biliknya,
malas nak ambil tahu.
“Err,
maaf ya kak, kawan saya tu letih. Takpa nanti saya bagi kotak ni dengan dia.”
Zatul bersuara. Terkejut dengan tindakan Ara. Jessica sekadar tersenyum nipis.
“Kak,
Jason nak ke mana?” Soal Fara.
“UK,
dia nak sambung degree di sana sekali
kita sekeluarga akan berpindah di sana.”
“Apa?!
bila flight korang kak?” Soal Fara
dengan terkejut.
“Besok,
jam 6 pagi.”
Sebaik
sahaja Jessica pergi, Zatul dan Fara pantas menuju ke bilik Ara.
“Ara,
kau tau tak Jason nak ke UK besok jam6 pagi. Baik kau jumpa dia malam ni?” Fara
pantas meletak kotak tersebut di katil Ara.
“kalau
dia nak blah dari bumi Malaysia ni takda kaitan dengan aku ok.” Telingannya di
sumbat dengan pemain MP3.
Zatul
mencabut earphone tersebut.
“Apa,
masalah korang ni ah? Kalau korang sibuk sangat, pergilah dengan dia.” Suara
Ara meninggi. Fara menjadi takut, tidak pernah dia melihat Ara sebegitu.
“Sampai
bila kau nak hidup dengan bayangan dia, tak boleh kah kau lepaskan dia pergi
dari hidup kau. Dah nak tiga tahun Ara, kau masih tak boleh ikhlaskan dia
pergi. Kau ni betul-betul jenis manusia yang tak tau bersyukur, bersyukur ada
orang yang sayangkan kau, prihatin dengan kau. Jangan sampai bila kau dah rasa
kehilangan, kat situ baru kau menyesal, baru nak hargai. Dah lah Fara jom kita
blah dari sini, tak kuasa aku nak bazirkan air liur aku dengan manusia keras
kepala ni. Lepas ni terserah kau nak buat apa. suka hati kaulah.” Zatul turut
menyinga, lengan Fara ditariknya. Dia tidak peduli lagi air mata Ara yang sudah
mengalir itu.
Sampai
hati kau Zatul buang aku macam ni, sebabkan mamat tu kau layan aku macam ni.
Kenapa korang tak boleh nak faham aku. Kotak yang berada di katilnya, dicapai
lalu dihempas kedinding. Terburai segala isi di dalamnya. Dia terus menghempas
badannya di katil. Akhirnya Ara tertidur dengan air mata di pipinya.
************************
Ara
melihat sekelilingnya, kawasan tersebut seperti berkabus. Muncul kelibat seseorang
dari kabus tersebut.
“Aeril..Aeril..”
panggil Ara, cuba mengejar Aeril yang semakin meninggalkannya. Namun Ara tetap
berusaha mengejarnya hinggakan satu saat dia terjatuh dan terduduk di situ.
Aeril terhenti, di pantas berpaling.
“Ara,
lepaskan Aeril. Jangan hidup dengan bayangan Aeril lagi, Kita dah di dunia yang
berbeza. Kejarlah dia.” Akhirnya Aeril pun hilang dari pandangan Ara.
“Aerilllll”
Ara tersedar, Ya Allah rupanya aku termimpi. Aeril aku rindukan kau. Ketika itu
azan subuh berkumandangan dari masjid berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.
Ara menuju ke kamar mandi dan menunaikan kewajipan rukan islam yang ke-2 itu.
Usai
menunaikan solat, dia terpandang sesuatu di lantai yang menarik minatnya.
Rupanya itu adalah isi dari kotak tersebut.
Sebuah frame yang telah
terpecah cerminnya, Ara menatap gambarnya yang yang terdapat di frame tersebut. Dia masih simpan gambar
ni. Itu adalah gambarnya yang telah dicuri-curi snap Jason ketika dia sedang menikmati Pizza. Dibawah gambar itu
tertulis sebuah quotes.
‘Explaining why I love u is like explaining the taste of water. I love
u, Aratia Hanee.’
Entah
kenapa saat itu air matanya mengalir. Ya Allah, apa aku dah buat selama ni?
Kenapa aku tak pandai bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan selama ni.
Kejarlah dia. Apa maksud Aeril dalam mimpi aku tu? Ya ampun baru aku ingat apa
yang Fara kata semalam tu. Ara pantas melepaskan telekung di kepalanya. Dan dia
bersiap secepat yang mungkin, dia harus mengejar waktu ke lapangan terbang.
“Ara
kau nak kemana pagi-pagi buta ni?” soal Fara yang ketika itu hendak ke dapur
menyiapkan sarapan.
“Aku
nak ke airport. Aku mesti jumpa dia,
Fara. Aku mesti jumpa Jason.” Ara seakan hendak menangis memikirkan kemungkinan
dia tidak akan sempat bertemu lelaki itu.
“Sabar
Ara.” Fara cuba menenangkannya.
“Jom
kita pergi Ara.” Muncul Zatul mendekati mereka berdua.
Ara
terus memeluk Zatul. “Terima kasih Zatul, kau dah sedarkan aku.”
“Fara
jaga rumah tau. Aku temankan Ara ke airport.
Soal tunggang motor terpantas ni serahkan dengan aku, aku yakin kita sempat nak
jumpa Jason.”
Setiba
di airport, Ara berlari secepat
mungkin menuju ke balai perlepasan cuba mencari kelibat Jason dan keluarganya.
Sementara Zatul mencari parking motor. Dalam hati, Ara berdoa semoga dia sempat
bertemu Jason.
“Maaf,
Miss penerbangan ke UK yang berjadual
jam6 pagi ni dah berlepas kah?” soalnya di kaunter pertanyaan.
“Sudah
cik, baru sahaja berlepas.” Terasa bagai gugur jantung Ara mendengar hakikat
itu dia tidak akan sempat bertemu Jason. Kakinya terasa lemah, dan dia terus
terjelepok jatuh di situ. Pandangan orang ramai di situ melihatnya dengan
linangan air matanya, dia tidak pedulikan.
“Ara,
Ara kenapa ni? Jason mana?” Zatul pantas memeluk Ara.
“Dia..dia..dia
dah pergi Zatul.”
Ya
Allah… Saat ini dia benar-benar terasa erti sebuah kehilangan. Terasa sesuatu
yang meragut hatinya, dan rasanya itu sangat sakit.
*************************
Lima
tahun kemudian…
“Tahniah
Zatul kau dah pun jadi isteri orang.” Ara memeluk Zatul yang berada di pelamin
itu dengan linangan air mata. Dia terasa bahagia melihat wajah Zatul yang jelas
terpancar kebahagian itu.
“Em
kau pula bila Ara? Aku dah, Zatul pun dah. Tinggal kau ja ni.” Fara dengan
perut buyungnya mendekati mereka.
“Mak
buyung, aku coming soon. kau tunggu
ja kad undangan aku nanti datang kat rumah kau. Korang berdua jadi tetamu VVIP
aku tau.” Ara mencubit pipi Fara yang semakin tembam sejak berbadan dua itu.
Fara mengadu kesakitan kepada suaminya yang berada disampingnya.
“Yalah
tu, hampir lima tahun ni aku dengar ayat yang sama. Entah, entah kau masih
tunggu dia.” Air muka Ara sudah berubah mendengar Fara berkata. Fara yang
tersedar keceluparan mulutnya pantas menutup mulutnya. Zatul membesarkan
matanya melihat Fara.
“Eh
dahla tu, jom kita bertiga bergambar sama-sama.” Ara pantas berdiri di
tengah-tengah dua sahabat baiknya itu. Aku gembira korang dah bertemu
kebahagian korang masing-masing.
****************************
Ara
berjalan di gigi pantai tersebut. Membiarkan kakinya basah dan terkena
buih-buih ombak. Angin petang begitu mendamaikan walaupun beberapa kali dia
cuba membetulkan shawl dikepalanya.
Kata-kata Fara bermain dikepalanya. Sepanjang tempoh lima tahun itu baru dia
belajar erti mencintai lelaki itu, hubungan dengan mama Jannah pun kembali
jernih dan kini dia sudah boleh melepaskan Aeril dari hidupnya dan dia ingin
menikmati kehidupan baru. Dia tekad, sekiranya dia berjumpa dengan auntie Mary, dia ingin meminta maaf dengan wanita
itu.
Ara
mendongak kepalanya ke langit. Jason, kau di mana? Dirimu seolah-olah di telan
bumi. Dia dah kahwin atau belum ya? umm..
Lagu
Christina Perri ‘A thousand years’ berirama dari telefon bimbit milik Ara.
Tertera nama Zatul.
“Ara,
Ara kau kat mana?”
“Wow,
bagi salamlah dulu ni main terjah ja.”
“Ara,
ummi kau…”
“Zatul
kenapa dengan ummi aku, kau dekat rumah aku kah ni?” Tiba-tiba jantungnya
berdegup kencang. Terasa air matanya hendak mengalir mendengar suara Zatul yang
seakan hendak menangis itu. Takut sesuatu hendak berlaku.
“Ya,
aku kat rumah kau ni. Cepat ke sini.” Talian dimatikan. Di dalam kereta,
bercurah-curah sudah air matanya mengalir, kalaulah keretanya ada sayap pasti
dia boleh terbang secepatnya sampai ke rumah. Ya Allah selamatkan ummi aku.
Setibanyanya dia di rumah, kelihatan orang ramai sudah berkumpul di hadapan
rumahnya. Ya Allah, apakah semua ini? Jantung Ara sudah tidak menentu
degupannya. Air matanya apatalagi, bercurah-curah. Orang ramai memandangnya
dengan pandangan seribu satu macam.
“Ummi,
ummi..” panggil Ara cuba mencari umminya. Ketika itu dia melihat umminya berada
di dapur sedang membacuh kopi. Dia pantas memeluk umminya dari belakang.
Bercurah-curah air matanya gugur membasahi belakang baju umminya itu.
“Ya
Allah, kenapa dengan anak aku seorang ni. Menangis macam aku nak mati.” Pelik
Puan Kalsom melihat anaknya yang menangis bagai nak rak tu.
“Ummi
janganlah cakap macam tu. Tadi Zatul call
Ara, kata ada sesuatu berlaku kat ummi tu pasal Ara datang terus.”
“Memang
ummi minta tolong Zatul call Ara
suruh balik rumah. Tapi bukan sebab ada apa-apa berlaku kat ummi.”
Rasa
nak jatuh rahang aku ketika itu, Ya Allah patutlah orang kat luar tu tengok aku
seribu satu macam. Malunya…Tapi apa motif Zatul buat macam tu?
“Assalammualaikum.”
“Walaikumsalam.”
Aku pantas berpaling melihat gerangan yang memberi salam di belakangku ini.
Cukup satu kata, MasyaAllah. Mata aku tak salah tengok kah ni. Jason yang ada
kat depan aku ni dan…dia bagi salam, adakah…
“Ara
apa khabar?” Senyuman terukir di bibirnya. Ya Allah, tenangnya aku tengok muka
dia ni. berbeza dengan Jason yang aku kenal sebelum ni.
“Kha..kha.khabar
ba..baik.” Kenapa aku gagap ni.
“Ummi
suruh Zatul call Ara sebab nil ah.
Ada rombongan datang nak meminang Ara. Dan inilah calon suami Ara, Mohd. Irfan
Bin Abdullah.” Ummi menepuk lenganku.
Rasanya
seluruh rahangku jatuh. Apa? dia ni nak masuk meminang aku dan dia dah masuk
islam.
Aku
berpeluk tubuh, membiarkan Jason eh silap Encik Mohd. Irfan tu berada di belakang
aku. Aku pantas berpaling. Mak aii, kenapa dia ni tak habis-habis nak senyum.
Buk!
Satu tumbukan tepat di perutnya. Dia tertunduk menahan kesakitan.
“Tu
sebab kau dah biarkan aku macam orang gila tunggu kau lima tahun ni tanpa
sebarang khabar berita.”
Buk!
Sekali lagi dia menahan kesakitan. “Tu pula..sebab kau dah buat aku cintakan
kau dan aku tak kira kau kena tanggungjawap. Marry me, Mohd. Irfan Bin Abdullah.” Aku tak peduli kalau perbuatan
aku ni terbalik, yalah aku dah lamar dia.
“I will, in shaa Allah.” Ketika air
mataku sudah mengalir bahagia.
“Fuyoo
romantiknya.” Zatul mendekatiku. Sepantas itu, tangannya aku gigit. Zatul
menjerit kesakitan.
“Tu
sebab kau tipu aku, oo berpakat dengan encik Mohd. Irfan yaa. kau tau tak, dah
macam F1 aku bawa kereta tadi by the way
thanks Zatul.” Aku pantas memeluk
Zatul.
“Pelik,
gigit pastu baru say tahnk you.
Hati-hati Irfan, dia ni spesies drakula silap-silap malam pertama korang habis
dia gigit U.” Zatul sudah ketawa berdekah-dekah. Ara menghadiahkan lagi cubitan
di pinggang Zatul.
******************************
Ara berdiri di balkoni melihat
keindahan bulan di dada langit tersebut, membiarkan angin malam itu
membuai-buai rambutnya. Irfan mendekatinya dari belakang, sebuah kucupan singgah
di batang leher isterinya. Pantas tubuh itu di peluk dengan erat dari belakang.
“Terima
kasih sayang, dah tunggu abang lima tahun ni. Abang yakin sayang akan tunggu
abang. I love you, sayang.”Lembut
Irfan membisik ditelinga Ara. Ara sudah merona. Dia pantas menghadap suaminya.
Batang leher suaminya dirangkul dan Irfan pantas memeluk pinggangnya.
“Abang
macam mana boleh jatuh cinta dekat sayang, sedangkan waktu tu kita berada di
hospital.” Irfan ketawa halus. Rasanya isterinya tidak pernah akan hal ini.
“Sayang,
ingat tak hari sayang dapat khabar arwah Aeril meninggal. Sayang pengsan di
jalan raya sebab tiba-tiba melintas di hadapan kereta yang abang pandu. Abanglah yang selamatkan sayang
dan bawa sayang pergi klinik.Kedengaran gila, tapi waktu sayang baring di riba
abang, abang dah jatuh cinta dengan sayang.”
“Apa,
jadi abang tipulah waktu kat rumah mama Jannah tempoh hari.” Dia tersenyum
lagi.
“Sayang,
abang tak akan pernah marah kalau hati sayang sentiasa untuk Aeril sahaja
asalkan cinta dan sayang untuk abang selamanya.” Aku sudah tersenyum bahagia.
Dia ingat aku pernah cakap macam tu.
“Abang
mungkin Aeril pernah menempat di hati sayang tapi itu dulu, sekarang biarlah
abang yang berada di kedudukan tertinggi dalam hati sayang.” Dia memelukku
dengan erat.
“Sekarang
bagitau pula dengan abang, sebab sayang cintakan abang. Nak tau juga ni?” dia
menaikkan keningnya. Aku tersenyum penuh makna lalu menarik lengannya menuju ke
dapur. Aku suruh dia duduk di kerusi lalu segelas air mineral aku hulurkan
kepadanya. Dia mempamer muka pelik. Apa kaitan segelas air mineral dengan
persoalannya tadi.
“Abang
minulah dulu air tu sampai habis.” Dia pun meneguk dengan tertib. Usai itu aku
memintanya berdiri. Aku cuba mendongak sedikit kepalaku memandangnya dia lebih
tinggi dari aku. Anak matanya aku renung dengan tepat dan kedua pipinya itu aku
tekup dengan tapak tanganku.
“Explaining why I love you is like explaining
the taste of water. I, Aratia Hanee will
always loving you, Mohd. Irfan Bin Abdullah.” Dia tersenyum lebar, ternyata
Ara tidak pernah melupakan quotes yang
pernah diberikan gadis itu lima tahun yang lalu. Dia pantas memelukku dengan
erat.
“I love you too my love.”
Alhamdulillah, thank you Allah.